30 October 2011

KEM PEMANTAPAN FASILITATOR DAN PROTOKOL PERSADA KEBANGSAAN 2011

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Illahi, kerna dengan limpah dan inayahnya, dapat aku bersama-sama para sahabat, melaksanakan satu program yang boleh aku kira payah dan sulit untuk dilaksanakan. Pada mulanya dalam diri ni timbul satu persoalan, boleh ke aku buat dan laksana program ni? persoalan ini lah yang sering membuatkan aku fikir banyak kali nak buat program sebesar ini. 

Alhamdulillah, dengan niat nak bantu sahabat-sahabat PERSADA yang lain, maka aku cuba beranikan diri untuk buat dan laksana program ni. Dengan semangat, dan dorongan sahabat-sahabat PERSADA UPSI, yang sama-sama berganding bahu dengan aku, menjadi tulang belakang program ni, aku rasakan amat terhutang budi dengan mereka semua. Tak ada ungkapan yang dapat aku lafazkan untuk mengucapkan dan melahirkan perasaan terima kasih yang amat sangat aku kepada mereka. 

Ya, aku akui, memang banyak masalah dan ujian untuk melaksanakan program ni, tetapi dengan semangat dan kegigihan rakan sekerja yakni para urusetia, membuatkan aku semangat nak realisasikan program ni. Masing-masing cuba buat yang terbaik untuk PERSADA, itu yang paling aku terharu.

Setiap masalah yang datang, kita hadapi sama-sama, kita selesaikan sama-sama, hasilnya, alhamdulillah berjaya. Mungkin selepas ni memori sahabat urusetia bermesyuarat di lobi bitarasiswa akan terus bermain diminda. Walaupun kita tak ada tempat yang selesa untuk berbincang program yang besar, tapi kalian gigih datang bermesyuarat. Dah la dengan hari yang hujan, kalian sampai juga di kampus untuk sama-sama bermesyuarat. 

Malah, ada juga yang bertindih, antara kelas dan mesyuarat program, tapi anda datang juga mesyuarat selepas kelas berakhir, aku cukup terharu dengan komitmen yang anda semua berikan. Baru aku perasan, kita cuma bekerja dalam tempoh tiga minggu sahaja untuk buat semua kerja. Anda sangat gigih!

Untuk makluman semua, ini merupakan program pertama aku sebagai pengarah program, dan aku tak sangka program pertama aku akan sebesar ini. Sesungguhnya Tuhan itu maha mengetahui segala-galanya. Dengan tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat, aku kuatkan semangat untuk buktikan yang aku boleh buat program ini. 

Terima kasih yang teramat juga aku titipkan buat abang Iman. Beliau banyak berikan aku semangat dan dorongan nak laksanakan program ni. Tak terungkap kata untuk melafazkan dan menzahirkan perasaan terima kasih yang amat sangat. Terima kasih abang Iman!!

Buat barisan urusetia, aku dah anggap kalian semua seperti satu keluarga. Keluarga yang bekerja bersama-sama untuk PERSADA. Aku harap, talian yang terbina ini akan berpanjangan untuk selamanya. Aku cukup berbangga kerna Tuhan memilih kalian sebagai rakan sepasukan untuk program ni. Terima kasih Tuhan..

Buat semua peserta yang sertai, aku harap kalian sudah menimba ilmu serba sedikit, untuk kalian manfaatkan buat PERSADA universiti masing-masing. Aku harap, kalian dapat amalkan dan sebarkan untuk mengangkat darjat PERSADA khususnya. Harumkanlah nama PERSADA di universiti masing-masing, kukuhkan ikatan antara ahli. jangan ada pesengketaan adik beradik dalam keluarga PERSADA, kerna itu adalah musuh utama yang memecah belahkan kita. 

Aku sangat sayang dengan PERSADA, aku bangga menjadi anak FELDA, sebab dengan FELDA lah abah dan mak aku membesarkan aku. Dengan hasil titik peluh, dan juga bantuan FELDA, akhirnya membuatkan aku sampai dimana aku berada sekarang. Jangan pernah anda malu untuk mengaku ANAK FELDA, kalau anda malu, alangkah malunya FELDA memiliki mu sebagai generasinya..

Akhir kalam, aku memohon seribu kemaafan, dari hujung rambut, hingga ke hujung kaki, anda sepanjang program berlangsung, ada kesilapan, dan kekhilafan yang aku buat. Aku insan biasa yang sedang belajar meniti dewasa. Aku harap, program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan, dan aku mahu orang lain buat yang lagi baik daripada aku, demi PERSADA dan FELDA!!

wasalam..

12 October 2011

1 ASKAR YAHUDI BERSAMAAN DENGAN 1000 TAHANAN PALESTIN





BAITULMAQDIS: Kerajaan Israel akhirnya tunduk dengan syarat pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza kelmarin apabila bersetuju menukar lebih 1,000 tahanan Palestin dengan seorang tentera Israel yang kini ditawan kumpulan pejuang itu, Gilad Shalit, sekali gus menamatkan antara isu paling sensitif antara kedua-dua belah pihak.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang meminta Kabinetnya meluluskan pertukaran itu selepas menerima tekanan dalaman berterusan untuk membawa pulang Shalit, berkata anggota tentera itu akan bersatu semula dengan keluarganya dalam tempoh terdekat.
Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyambut baik perjanjian itu, yang menyaksikan Mesir dan Jerman bertindak sebagai orang tengah, melepaskan tembakan sebagai meraikannya. 

Perjanjian yang sebelum ini berulang kali menemui kegagalan untuk membebaskan Shalit sejak ditangkap pada tahun 2006, tidak memberi kesan secara langsung kepada rundingan damai Asia Barat. 

Prospek memulihkan keamanan di wilayah itu dibayangi permohonan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf negara merdeka Palestin dan meminta tindakan meluaskan penempatan penduduk Israel dihentikan jika mahu rundingan dimulakan sekali lagi.

Sumber yang terbabit dalam rundingan berkata, perjanjian itu disarankan Mesir dan ia dijangka memperbaiki sedikit hubungan rejim Zionis dengan Kaherah yang berdepan masalah sejak kejatuhan pemimpin Mesir, Hosni Mubarak. 
Pemimpin Hamas, Khaled Me-shaal, berkata Israel akan membebaskan 1,027 banduan dalam dua peringkat. Dalam masa seminggu, 450 akan ditukar untuk mendapatkan semula Shalit dan yang lainnya akan dibebaskan dua bulan kemudian. Dua puluh tujuh wanita antara yang bakal dibebaskan.

Dalam kempen yang dilancarkan ibu bapa Shalit untuk membebaskannya, saudara mara penduduk Israel yang maut dalam serangan penduduk Palestin, melobi Netanyahu tidak menyerah kalah kepada Hamas dengan membebaskan tahanan Palestin.

Ada kira-kira 6,000 tahanan Palestin di penjara Israel. Mereka dianggap wira dan digelar penduduk Palestin perjuangan menentang pencerobohan Israel dan memohon penubuhan negara berdaulat.

“Kami gembira dengan penca-paian ini dan amat bersyukur. Bagaimanapun, kegembiraan kami bercampur sedih kerana tidak mampu mendapatkan kebebasan untuk semua tahanan,” kata Meshaal dalam ucapan yang disiarkan dalam televisyen dari Damsyik.

Televisyen Israel memetik Netanyahu sebagai memberitahu ibu bapa Shalit sejak berkuasa tiga tahun lalu dia menunggu peluang membuat panggilan telefon untuk memberitahu mereka mengenai perjanjian itu.

Keluarga Shalit yang mendirikan khemah sebagai tanda protes berhampiran kediaman Netanyahu di Baitulmaqdis selama beberapa bulan, menuduh dia tidak cukup berusaha membebaskan Shalit. – Agensi 



*UMAT ISLAM SEMAKIN DITINDAS, TUNGGU MASA UNTUK DITEWASKAN..

masa saya untuk orang lain


bila fikir balik, bukan senang nak puaskan hati orang lain. Bukan mudah juga nak isi setiap kekosongan masa orang lain dengan masa kita. sampaikan kadang kala kita rasa kita tak pernah memiliki 24 jam yang dianugerahkan Tuhan buat kita. 

Apa sebenarnye silap kita sampaikan kita begitu kehilangan masa yang amat banyak? seolah-olah kita bukan manusia yang bekerja, tetapi robot. Robot yang bekerja untuk memuaskan kan hati orang lain, dan juga membuat keje orang lain. 

Bila sedar, terfikir dalam kepala ni, berbaloi ke apa yang aku buat selama ni? lumayan sangat ke ganjaran yang bakal aku dapat kalau aku curahkan masa aku kepada orang lain?? berbaloi sangat ke? semua tu asyik bermain dan berlegar dalam kepala ni. 




aku cuba juga cari jawapan, sampaikan kepala aku tak dapat nak fikir dah. kosong. tak ada apa-apa dah. 

sebenarnya semua ni perlukan pertimbangan, oleh akal, bukan emosi dan perasaan. berfikir secara rasional, baik dan buruk, keadilan, iman, dan syarak. semua itu perlu diambil kira sebelum buat keputusan. bila dah cukup ramuan untuk melaksanakan petimbangan, maka timbang-timbangkan lah. hasilnya akan menentukan nasib anda dimana nanti.

aku cuba juga, namun, masih lagi belum ku temui jalan penyelesaian. mungkin ini ujian Tuhan, buat hambaNya. Ya. Aku redha dengan semua ini. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi. disebalik kesusahan, akan ada kesenangan yang sukar untuk kita terjemah dengan naluri seorang manusia. 

moga akan terus diberi kekuatan, untuk meneruskan perjuangan!!

10 October 2011

GAJI AHLI PARLIMEN

mari saya senaraikan jumlah gaji ahli-ahli parlimen untuk negara Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia. gaji ni mengikut bulan ya.



Malaysia = RM 6,500
Thailand = RM 11,534
Indonesia = RM 18,111
Singapura = RM 33,589





perbezaan yang boleh saya katakan melampau. Walaupun ada negara yang masih bergolak untuk memenuhi keperluan masyarakat negaranya, ahli parlimennya masih digajikan dengan jumlah yang tinggi. Negara kita walaupun sudah boleh mencapai taraf negara bakal maju, masih lagi memberi gaji yang sederhana pada ahli parlimennya. 

01 October 2011

dua biji gula-gula..



aku baca petikan ni di mukabuku. Sangat menarik untuk dibaca dan dihayati.


Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..
Lelaki kristian:"kenapa wanita agama kamu menutup aurat?"

Lelaki muslim: tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu
salah satu darinya dibukakn bungkusanya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?"

Lelaki kristian:"sudah tentulah yang masih dalam bungkusan"
Lelaki muslim:"Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa."





untuk diungkapkan bukan mudah. untuk dihayati juga bukan mudah. Sebab itu ramai wanita hari ini mudah mendedah aurat, sambil terkinja-kinja seperti tiada maruah. Setiap inci tubuh manusia, Tuhan kurniakan maruah, untuk dihargai dan dijaga, supaya satu hari nanti bila di akhirat, dia menjadi saksi betapa kita telah menjaganya sebaik mungkin.

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...