30 October 2011

KEM PEMANTAPAN FASILITATOR DAN PROTOKOL PERSADA KEBANGSAAN 2011

Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Illahi, kerna dengan limpah dan inayahnya, dapat aku bersama-sama para sahabat, melaksanakan satu program yang boleh aku kira payah dan sulit untuk dilaksanakan. Pada mulanya dalam diri ni timbul satu persoalan, boleh ke aku buat dan laksana program ni? persoalan ini lah yang sering membuatkan aku fikir banyak kali nak buat program sebesar ini. 

Alhamdulillah, dengan niat nak bantu sahabat-sahabat PERSADA yang lain, maka aku cuba beranikan diri untuk buat dan laksana program ni. Dengan semangat, dan dorongan sahabat-sahabat PERSADA UPSI, yang sama-sama berganding bahu dengan aku, menjadi tulang belakang program ni, aku rasakan amat terhutang budi dengan mereka semua. Tak ada ungkapan yang dapat aku lafazkan untuk mengucapkan dan melahirkan perasaan terima kasih yang amat sangat aku kepada mereka. 

Ya, aku akui, memang banyak masalah dan ujian untuk melaksanakan program ni, tetapi dengan semangat dan kegigihan rakan sekerja yakni para urusetia, membuatkan aku semangat nak realisasikan program ni. Masing-masing cuba buat yang terbaik untuk PERSADA, itu yang paling aku terharu.

Setiap masalah yang datang, kita hadapi sama-sama, kita selesaikan sama-sama, hasilnya, alhamdulillah berjaya. Mungkin selepas ni memori sahabat urusetia bermesyuarat di lobi bitarasiswa akan terus bermain diminda. Walaupun kita tak ada tempat yang selesa untuk berbincang program yang besar, tapi kalian gigih datang bermesyuarat. Dah la dengan hari yang hujan, kalian sampai juga di kampus untuk sama-sama bermesyuarat. 

Malah, ada juga yang bertindih, antara kelas dan mesyuarat program, tapi anda datang juga mesyuarat selepas kelas berakhir, aku cukup terharu dengan komitmen yang anda semua berikan. Baru aku perasan, kita cuma bekerja dalam tempoh tiga minggu sahaja untuk buat semua kerja. Anda sangat gigih!

Untuk makluman semua, ini merupakan program pertama aku sebagai pengarah program, dan aku tak sangka program pertama aku akan sebesar ini. Sesungguhnya Tuhan itu maha mengetahui segala-galanya. Dengan tunjuk ajar daripada sahabat-sahabat, aku kuatkan semangat untuk buktikan yang aku boleh buat program ini. 

Terima kasih yang teramat juga aku titipkan buat abang Iman. Beliau banyak berikan aku semangat dan dorongan nak laksanakan program ni. Tak terungkap kata untuk melafazkan dan menzahirkan perasaan terima kasih yang amat sangat. Terima kasih abang Iman!!

Buat barisan urusetia, aku dah anggap kalian semua seperti satu keluarga. Keluarga yang bekerja bersama-sama untuk PERSADA. Aku harap, talian yang terbina ini akan berpanjangan untuk selamanya. Aku cukup berbangga kerna Tuhan memilih kalian sebagai rakan sepasukan untuk program ni. Terima kasih Tuhan..

Buat semua peserta yang sertai, aku harap kalian sudah menimba ilmu serba sedikit, untuk kalian manfaatkan buat PERSADA universiti masing-masing. Aku harap, kalian dapat amalkan dan sebarkan untuk mengangkat darjat PERSADA khususnya. Harumkanlah nama PERSADA di universiti masing-masing, kukuhkan ikatan antara ahli. jangan ada pesengketaan adik beradik dalam keluarga PERSADA, kerna itu adalah musuh utama yang memecah belahkan kita. 

Aku sangat sayang dengan PERSADA, aku bangga menjadi anak FELDA, sebab dengan FELDA lah abah dan mak aku membesarkan aku. Dengan hasil titik peluh, dan juga bantuan FELDA, akhirnya membuatkan aku sampai dimana aku berada sekarang. Jangan pernah anda malu untuk mengaku ANAK FELDA, kalau anda malu, alangkah malunya FELDA memiliki mu sebagai generasinya..

Akhir kalam, aku memohon seribu kemaafan, dari hujung rambut, hingga ke hujung kaki, anda sepanjang program berlangsung, ada kesilapan, dan kekhilafan yang aku buat. Aku insan biasa yang sedang belajar meniti dewasa. Aku harap, program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan, dan aku mahu orang lain buat yang lagi baik daripada aku, demi PERSADA dan FELDA!!

wasalam..

No comments: