27 June 2012

Gemuk pun manusia juga


kadang-kadang kalau kita terlalu taksub dengan kurus, dapat membunuh keyakinan kita kepada umum. Berdosa ke kalau gemuk? Yang kurus tak ada hak menghina yang gemuk, gemuk juga ciptaan Tuhan, siapa kamu sebagai manusia nak mempertikaikan ciptaan Tuhan? Kamu beruntung kalau kurus, kamu juga beruntung kalau gemuk, sebabnya itulah sebaik-baik kejadian yang Tuhan anugerahkan buat kamu. 



Ya, aku akui, badan yang ramping kurus itu nampak lebih molek, cantik dan kacak, yang berisi itu tak berapa nak molek. Itu pendapat segelintir dan mungkin juga kebanyakkan orang. Kena sedar, pendapat itu bersifat subjektif, lebih-lebih lagi perihal kecantikan dan kehenseman. Pandangan setiap manusia itu berbeza. Contoh, pertandingan ratu cantik, Miss Universe atau Miss World, kadang-kadang kita selera asia ni, akan kata, " cantik sangat ke perempuan tu sampai menang miss world?? biasa je aku tengok..."



Kadang-kadang ketaksuban ni lah yang menghalang kita ikhlas dan taat menunjukan kesetian kepada agama dan Tuhan. bayangkan, terlalu paranoid dengan kegemukan, sanggup berpuasa setiap hari semata-mata takut gemuk. Niat sudah salah. Beribadat kerana nak kurus, bukan taat kepada Tuhan. 

Kecantikan akhlak lebih baik daripada kecantikan wajah. Bersyukur dengan apa yang ada, insyaallah Tuhan melihatnya =)


24 June 2012

durian : tak macam dulu

Mungkin bukan niat nak mempersenda, bukan niat nak menghina, cuma nak luahkan apa yang ternyata, dan menjadi paparan dimata, dihidu oleh hidung, dirasa oleh lidah, dan dinikmati oleh akal. Ya, durian busuk baunya. 



Mungkin sukar untuk terima kenyataan, tetapi itulah hakikatnya! Patutlah mat saleh dan minah saleh mengadu dan tak suka dengan bau durian. Busuk katanya. 



Sekarang ni, kalau aku bau durian, mesti tak berapa nak suka. Sebabnya, bau dia. Tapi lidah aku masih lidah melayu. Tetap makan durian, cuma tak sehebat dulu. Dulu kalau abah beli durian, kami adik beradik duduk keliling tunggu abah belah durian tu. Berebut nak ulas yang bentuknya seakan-akan kucing tidur. Kenangan. Lagi-lagi kat kebun arwah Mbah (arwah atuk) memang banyak pokok durian, kalau datang musimnya, memang tak terdaya melayan jatuhan durian-durian yang gugur ranum. 



Semua tu kenangan, yang penting, selera ku pada durian, sudah semakin berkurangan. Umpama gugur sedikit demi sedikit, meningggalkan aku pergi...

#kucing aku pun makan durian tau 

22 June 2012

rindu itu lambang kasih

Baru beberapa hari di rumah, aku sudah mulai rindu pada teman-teman sekampus. Rindu untuk berbual, berkongsi cerita dan idea, walaupun kami buat perkara yang sama setiap masa. Rindu itu lambang kasih dan sayang, yang sudah terpateri dalam jiwa, untuk mengisi kekosongan dalam hati. Mungkin sebab itu Tuhan ciptakaan rindu. 



Setiap kali berjauhan, pasti akan rindu, setiap kali tidak terlihat dek mata, pastikan rindu, sinonimnya rindu itu dengan perpisahan. Lagi-lagi kalau perpisahan yang berkekalan. Lagi bertambah kerinduan. 


Apa lah yang terdaya bagi seorang manusia biasa, sekadar melafar rindu, mengait kasih bersendiri, melampias sayang pada ingatan yang melayang penuh makna. Sering tertewas dengan rindu, kasih dan sayang kan. Itulah, manusia. Tapi kena ingat, tak salah kerinduan, tak salah berkasih sayang, asalkan diletakkan pada tempatnya. 

#rindu nak bergaduh dengan Zakir

21 June 2012

Tulis cerpen

Sementelahan cuti masih panjang, ada eloknya aku manfaatkan dengan menulis kan. Sudah terlalu lama aku tak mengarang panjang, mengait madah mencantum patah kata buat susunan perenggan untuk kalian baca. Teringin sangat dalam hati ni, nak menulis sebuah cerpen. Sudah lama berniat, cuma dipendamkan menjadi pekasam. 



Bukan apa, niat sudah ada, semangat sudah ada, cuma yang paling penting, ilmu itu yang tak ada. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah, tapi amal tanpa ilmu, itu bahaya!! Insyaallah, akan aku mula rentak mengait lembaran cerpen ini dalam tempoh terdekat.



Matlamat aku, sepanjang cuti ni kan siap satu lembaran cerpen untuk tatapan dan bacaan kalian. Sila tunggu ya. Bila akan siap, itu aku tak tahu. Mungkin aku hanya mampu merancang, Tuhan sebaik-baik perancang. 

#korang ada idea untuk cerpen pertama aku??

terlalu lama

Ketahuilah kalian semua, sedang anda ralit membaca setiap patah nukilan aku ini, sesungguhnya banner blog jiwa saya ini sudah pun bertukar. Sedangkan angin lagi bertukar, inikan pula banner bolg jiwa saya kan. (SADIS)



Aku masih lagi menikmati cuti, walham baru beberapa hari aku menginap di rumah tempat aku membesar, sudah melayang fikiran nak kembali hidup dalam lingkungan kampus. Pelik kan. Itulah, terlalu lama menghambakan diri pada kampsu, sampaikan tanah tumpah darah ku ini sudah aku lupa kenangannya. Ya, terlalu lama aku tak pulang, (beberapa bulan) sampaikan ada diantara kucing-kucing ku yang sudah tak mengenali diri ku lagi !! sedihnya bukan kepalang. 



Tak apa, dalam tempoh senggang ini, akan aku asuh balik kucing-kucing ku yang berjumlah lapan ekor tu. Akan aku basuh mereka supaya kembali kenal dan respek kembali padaku !! 

#kucing tak pernah lari daripada kutu 

18 June 2012

berakhir satu lagi episod

Hari ini tanggal 19 Jun 2012. Hari ni aku akan pulang ke desa halaman tercinta. Mengisi ruang kerinduan yang semakin melohong, pada keluarga, rumah, juga kucing-kucing tercinta. Tidak lupa buat sahabat taulan yang lama tak bersua. 

Episod kali ini sangat memberi makna. Pada mulanya memberi sinar harapan, dipenghujungnya harapan tidak kesampaian. Tentang apa? biarlah rahsia. Seperti mana dalam entry lepas, kan ku kuburkan kenangan itu, dengan kuburan yang tak bernisan. Biar hilang sepi ditinggal masa dan zaman. 



Segala apa yang berlaku pada episod kali ini, akan aku jadikan batas sempadan, supaya tidak tergelincir lagi dalam memandu jalan kehidupan, supaya nanti mudah aku menangkis godaan, mudah mencari jalan yang lurus dan hakiki. 

Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat tercinta, sudi berkongsi cerita, sudi berkongsi semangat untuk terus membara mengejar misi menjadi seorang guru. Insyaallah apa yang kita usahakan, kan terhasil satu hari nanti. Tuhan lihat usaha kita. Insyaallah.

Cuti yang panjang bukan bermakna masa untuk bermalasan, berlingkar umpama ular sawa kekenyangan ilmu yang diteguk hingga usai tamat kuliah, tetapi masa untuk implementasi dan aplikasi ilmu dalam kelompok masyarakat. Supaya ilmu itu terus menjadi darah daging kita selamanya. 



Buat rakan blogger dan pembaca blog jiwa Saya @ jiwa hakir, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya titipkan buat anda, moga blog ini mampu memberi manfaat buat anda semua. Saya hanya insan biasa mencorak madah menghias patah demi patah, untuk tatapan kalian. 

Ampun dan maaf aku pinta, dari hujung kaki sampailah ke hujung rambut, andai diri ini ada menyinggung hati atau perasaan kalian. Sesungguhnya diri ini tidak sempurna. Hanya insan yang bergelar biasa. 

Perjuangan mesti diteruskan !!

cendol : bukan yang diharapkan..

Entry sebelum ini tentang keinginan aku yang melonjak-lonjak ingin kan cendol.Ya, Tuhan sudah pun makbulkan. Nikmat sekali bila suapan sudu menyentuh bibir lalu menyuakan isi cendol yang dingin sekali. Ditambah rasa lemak oleh santan yang datang daripada kelapa tua. Owh.. nikmatnya..



Namun, Tuhan itu maha adil. Sesuatu nikmat yang diberi, pastikan ada ujiannya. Dugaan yang ku terima, hingga membuatkan kesedapan dan kenikmatan menikmati cendol itu hilang serta merta. Biarlah terus menjadi kuburan yang tak bernisan. Biar lenyap ditelan masa dan zaman.

Aku masih miliki ramai sahabat. Yang mampu membuat aku tersenyum, yang mampu menjetik hilai tawa ku, masih mampu membikin hati ini senang dan tenang. Sahabat itu tiada tara nilainya. Sahabat sejati tak kan meninggalkan sahabatnya. 

#maaf, andai selepas ini kita bersemuka sebagai seteru

14 June 2012

kempunan : cendol

Mungkin segala-galanya sudah ditentukan. Rezki, jodoh, ajal dan maut. Semuanya sudah tersusun siap, menanti untuk dilaksanakan.
Samalah seperti aku hari ni, terus mengisi perjalanan hidup dengan ketentuan yang sudah ditetapkan. Menjalani kehidupan seharian yang sering berpanca uji nya. Moga segalanya dipermudahkan oleh Tuhan..



Azam yang aku bina semalam, nak merasa nikmat dan keenakan cendol pulut, terbantut dan termati. Sebab itu aku cakap, mungkin tiada rezki. Tuhan lebih tahu mana yang baik untuk diri ini. Bersangka baik itu merawat hati yang lara...

#kan ku usaha cendol pulut itu !!!

13 June 2012

cendol pulut

Mungkin saat anda mula membaca tajuk entry kali ni, sudah membuatkan minda anda terbayangkan semangkuk cendol pulut. Kan? Kalau tak, tak tau la apa yang anda bayangkan...



Hurm.. Aku mengidam sangat nak makan cendol pulut. Tak tau kenapa. Sebenarnye, aku tak berapa minat sangat cendol ni, sebab santan kan, bila makan jadi muak. Lepas muak terus tak ade mood. Macam tu la yang akan jadi bila lepas makan cendol. 



Pasang niat, esok nak pegi cari warung jual cendol. Nak makan !!

#mee rebus skali

12 June 2012

SEGMEN : Blogwalking & Follow

Salam, dah lama rasanya tak join segmen2 blog nie, kali ni nak cuba dan try...krek krek krek






Cara cara nak join :- First , tempek benda alah kat atas ni di entri anda yang bertajuk SEGMEN : Blogwalking & Follow :) 

Second , follow blog ni . itu pun kalau sudi .


saje nak join segmen ni, klik sini

07 June 2012

kesalahan dalam solat


Salam buat semua. Kali ni aku nak kongsi satu fail yang aku jumpa dalam facebook. Ada seorang sahabat ni dia kongsi, maka, aku pun nak kongsi jugak la. Tentang kesalahan-kesalahan dalam solat. Memang bagus benda ni, membetulkan solat yang kita buat setiap hari. 

Moga bermanfaat untuk anda pelajari dan amalkan, insyaallah berguna untuk anda yang beragama islam. Kita selalu beramal tanpa ilmu. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah, dan amal tanpa ilmu itu binasa. 


ini contoh-contoh apa yang terkandung dalam file tu;













jadi kalau anda nak download, atau nak baca, sila klik kat bawah yer, selamat beramal !!

06 June 2012

khasiat mandi pagi


Mandi pagi. Nampak mudah kan, tapi sebenarnya susah nak dibuat. Melainkan kalau dah terbiasa. Alah bisa tegal biasa. Kenapa lah tiba-tiba aku nak cerita fasal mandi pagi kan? sebabnya aku terbaca satu tweet ni, jadi terus aku mandi pagi. hehe




Sebenarnya banyak khasiat mandi pagi ni, walaupun ramai tak berapa nak suka. Yela bayangkan dah la waktu pagi tu sejuk ya amat, ditambah lagi dengan siraman air yang dingin pada setiap inci badan yang akhirnya membuatkan seluruh tubuh menggigil kesejukan. Memohon simpati agar dihangatkan. 



Aku cuba cari, apa manfaat mandi pagi ni. Usai aku selongkar laman sesawang yang sangat bersawang, akhirnya jumpa la beberapa laman yang menyediakan info tentang khasiat mandi pagi ni. Antara khasiatnya;


Mandi pagi dengan air dingin mampu melancarkan peredaran darah.
Menurut hasil penelitian sebuah lembaga riset trombosit di Inggris, jika seseorang sering mandi pagi dengan air dingin, maka peredaran darahnya akan menjadi lebih lancar. Tubuh juga akan terasa lebih segar dan bugar. Hal ini tentu akan sangat berguna sebagai bekal kita untuk menjalani kegiatan sehari-hari.

2.      Mandi pagi dengan air dingin akan meningkatkan sel darah putih.
Mandi dengan air dingin akan meningkatkan sel darah putih dalam tubuh. Bila sel darah putih dalam tubuh meningkat, maka daya tahan dan kemampuan tubuh dalam melawan virus pun akan semakin meningkat. Manfaat positifnya tubuh akan menjadi lebih prima dan tidak mudah sakit karena daya tahan tubuh selalu terjaga dengan baik.

3.      Mandi pagi dengan air dingin bisa menurunkan resiko darah tinggi.
Mandi air dingin juga menurunkan timbulnya darah tinggi, varises dan mengerasnya pembuluh darah. Hal ini disebabkan karena mandi air dingin akan melancarkan seluruh sirkulasi darah ke organ-organ tubuh.

4.      Mandi pagi dengan air dingin dapat meningkatkan kesuburan.
Mandi pagi dengan air dingin memiliki efek positif bagi kesehatan reproduksi manusia. Manfaatnya yaitu untuk meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria dan hormon estrogen pada wanita, yang berpengaruh pada meningkatnya kesuburan dan gairah seksual.

5.      Mandi pagi dengan air dingin memperbaiki kesehatan jaringan tubuh.
Kebiasaan mandi pagi dengan air dingin setiap hari berdampak positif juga pada kesehatan jaringan tubuh manusia. Dengan kebiasaan ini, jaringan kulit akan semakin membaik, kulit tidak kering dan menjadi lebih kenyal. Mandi dengan air dingin juga mampu mengurangi noda dan lingkaran hitam pada bagian bawah mata. Sehingga, kesegaran wajah akan semakin terpancar. Sebaliknya bila mandi dengan air hangat, maka kulit lebih mudah keriput dan kurang kenyal. Selain itu, mandi dengan air dingin juga berdampak positif pada jaringan kuku. Kuku pun akan menjadi lebih sehat, kuat dan tidak mudah retak.

6.      Mandi pagi dengan air dingin dapat membuat rambut lebih sehat.
Apa sih yang terjadi pada rambut bila dibilas dengan air dingin?
Ternyata air dingin bisa menutupi kutikula rambut, sehingga mampu mengurangi kerontokan. Rambut pun akan lebih terlindungi dari kotoran-kotoran yang biasanya menempel pada kulit kepala. Dengan demikian rambut akan menjadi lebih sehat dan kuat.

7.      Mandi pagi dengan air dingin berkhasiat meredakan depresi.
Mandi pagi dengan air dingin juga menjadikan jiwa dan pikiran lebih tenang dan memberikan semangat menjalalni aktifitas sehari-hari



Inilah sebahagian khasiat mandi pagi. Jadi, amalkan lah yer, jangan takut nak mandi pagi, lawan lah kesejukan itu dengan semangat yang kuat. Kalau mandi pagi pun anda dah tewas, inikan nak lawan kehidupan dunia yang lebih berpanca masalah. Selamat beramal ~


05 June 2012

maaf dipinta

hurmm.... memulakan madah, ampun dan maaf aku pinta, kerna sudah lama tak memberi dan melakar sesuatu pada layar blog ni. Terlalu susah mencari masa untuk aku pindahkan kenangan dan peristiwa yang aku lihat untuk diceritakan kepada semua. Terasa sayang dan rugi bila cerita itu aku biarkan lepas dibawa oleh sang pelupa..



Mungkin ini satu pengajaran buat aku, jangan terlalu lama tinggalkan laman blog ni. Kasihanilah pada ruang dan peluang yang tersedia pada blog ini. Isilah dengan ilmu dan pengalaman yang ada, supaya bermanfaat buat semua kan. 

Aku mula sedar, blog ni kesepian, bila aku buka satu laman, nak periksa ada ke yang datang singgah blog aku ni walaupun aku dah lama tak keluarkan cerita-cerita baru, alangkah terperanjat dan terkejutnya, rupa-rupanya ramai yang masih setia membaca isi blog jiwa saya ni. Sangat terharu !!

Terima kasih aku ucapkan buat semua yang sudi membaca laman ni. Insyaallah lepas ni, akan aku cuba mengajak rajin sentiasa mendampingi aku. Supaya masa yang singkat dapat aku luangkan untuk blog ni.

Sekarang aku dan sahabat-sahabat sedang berperang dengan peperiksaan. Lagi membataskan masa untuk berblog. Insyaallah lepas ni kan ada banyak peluang untuk itu. 



Aku mohon sahabat-sahabat pembaca blog jiwa saya, doakan aku dan kawan-kawan, supaya diberi ketenangan dan dipermudahan dalam menjawab soalan peperiksaan. Insyaallah..!!