15 January 2011

coretan perdebatan : rezki dari langit

Ingin mencoretkan sedikit kenangan yang berlaku. Allhamdulillah, dengan limpah kurnianya, dapat aku bersama para sahabat yang lain, sertai Pertandingan Debat Piala Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, UPSI. Setelah aku dan yang lain berhempas pulas, selama 3 minggu
sehinggalah hari ini, maka tamatlah sudah kejohanan ini. Hasilnya, pasukan KAB 3 telah berjaya membawa pulang piala pusingan tersebut. Tahniah buat rakan-rakan KAB 3.



Dengan usul finale, PEMBANGUNAN MODAL INSAN : REALITI BUKAN FANTASI, aku agak terkesima apabila mendengar tajuk ini pada awalnya, dan ditakdirkan kami menjadi pembangkang, agak susah untuk menjangka apa yang bakal dibawakan oleh perwakilan kerajaan. Jadi kami mengambil tindakan selamat, dengan menyenaraikan idea-idea/hujah-hujah yang berkaitan modal insan. Sebenarnya kami tak pasti apa yang bakal kami bawakan, ntah macam mana, semangat dan keyakinan tetiba muncul menyerap masuk dalam jiwa, hehehehe

Dengan juri 3-2, margin 1, perlawanan pada kali ini sebenarnya bersifat menang-menang. Aku suka dengan pembawaan dia orang, dan aku rasa dia orang akan menang. Namun, rezki itu ditangan tuhan kan.

Semoga pencapaikan kali ini menjadi titik permulaan dan juga sebagai batu loncatan buat semua pendebat muda UPSI, untuk terus memartabatkan kegemilangan debat di UPSI. Terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang banyak mengajar aku entiti-entiti yang ada dalam debat, tak lupa juga buat KDBM yang banyak membantu. Senior-senior debat, dan rakan sepasukan yang lain. Tahniah buat semua!!



*mungkin satu hari nanti ada diantara pendebat UPSI yang beraksi di dewan Parlimen..insyaallah

9 comments:

Cahaya Mataku said...

tuah merah jambu.

TintApEna said...

TUah merah jambu???aaahh xkesah la..apa2 pon tahniah kepaa debater, AZAM yg comel..kui3

Cik Mus said...

wow, i xmahu pergi parlimen. kihkih
tahniah team kab :)

Muhammad Fawiz said...

merah jambu bukan hanya untuk wanita. hehe

Engku Putra Syamin Ismail said...

tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!

aniss said...

tahniah zam,,mnjadi bezt speaker dgn menyerap aura merah jambu 2..xsia2

Amir Batrisya~ said...

tahniah! teruskan legasi debat UPSI ke puncak jaya...~

azam aziz said...

terima kasih semua!!
~debat itu indah~

Anonymous said...

tahniah awk...kn dh ckp awk mmg hebat...

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...