05 April 2011

SK ULU YAM BHARU datang lagi!!!

berkesinambungan dengan program yang unit Fasi KAb dah buat pada bulan februari(kalau tak silap la..), sk ulu yam bharu datang pula ke kolej kediaman ku yang terchenta, KOLEJ AMINUDDIN BAKI. 

Kali ni mereka datang tak ramai, lebih kurang dalam 40 orang saja. Mereka ni adalah kalangan mereka yang cemerlang dalam ujian yang lepas. Sebagai ganjaran daripada cikgu-cikgu die orang, maka dibawa lah adik-adik ku ni ke sini untuk program motivasi.

menjamu selera



seronok makan bersama


Mereka datang pada 4/4/2011 dan hingga 5/4/2011 sahaja. Memandangkan mereka nak menumpukan kepada study kan, UPSR pon dah nak dekat. Walaupun sempat bermalam hanya sehari, sungguh bermakna aku rasa bagi mereka ni. Bila aku tengok wajah-wajah dia orang masa aku mula-mula nak ambil adik angkat, semua menunjukkan wajah ceria.

Dan yang paling terharu, die orang masih kenal aku lagi!! (rasa macam artis plak bila ada orang kenal..hehehe). Kali ni aku cuma sebagai abang angkat sahaja. Tak terlibat sebagai fasi, sebab aku ada banyak keje nak kena siapkan.(biasalah...hujung sem kan...)












Rumah aku kali ni ambil 4 orang adik angkat. Bilik aku sorang (isma), bilik allan sorang (hazraf), bilik udin dan adan dua orang (arif dan syahmi). Seronok dapat jumpa die orang lagi. Rasa tak nak bagi die orang balik je..huhu

Aku hanya sempat jenguk die orang buat aktiviti sekejap je. Rugi rasanya tak dapat nak luangkan masa dengan adik-adik sk ulu yam bharu ni..

dewi yang senantiasa tenang..


khalil seperti biasa keletahnya


wajah-wajah yang ceria



seronok buat energyzer



fasi yang cun..hehehe



suke sangat buat 'katak kembung'


fasi erman sedang berceloteh dengan adik-adik



ldk dengan pin kertas


sampai terbaring arif menghayati aktiviti..hehe




insyaallah kalau ade rezki, kita jumpe lagi..
buat adik-adik SK Ulu Yam Bharu,
 SEMOGA BERJAYA DALAM UPSR 2011!! 
ABANG DOAKAN KORANG SEMUA DAPAT 5A!! AMIN..


*walaupun korang tak bace blog..






No comments: