10 March 2012

Ibu Tiada ganti..


Kita dianugerahkan oleh Tuhan, seorang ibu. Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Diberi kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi. Dijaga rapi, dibelai lembut, didodoi dengan nazam juga selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Saat itu, tiada yang lebih mendamaikan seorang anak, apabila dalam dakapan seorang wanita bernama ibu. Tiada yang lebih bahagia bagi seorang ibu, apabila melihat anaknya membesar dengan sempurna dan diasuh dengan baik dengan tangannya sendiri. Besarnya pengorbanan ibu, tak ternilai oleh kita. Hanya Tuhan saja lah yang tahu. 



Sementara ibu masih didepan mata, hargailah. Jagalah dia. Sayang lah akan dia. Kasih lah dia. Cinta lah dia. Berjasa lah kepada dia. Hanya itu sahaja yang kita mampu lakukan kerna untuk membalas jasanya, tidak mungkin kan terjadi. Jangan biar air matanya mengalir kerna keangkuhan kita. Jangan biarkan duka dan runsing menjadi mimpi hariannya disebabkan kelakukan kita. Hargailah ibu kita....


#saya mohon sahabat-sahabat, doakan kesihatan yang baik untuk ibu saya, supaya dia kembali pulih seperti biasa. saya sayangkan ibu saya..


3 comments:

are she queen said...

mudah2an.. kesihatan cik nah baik khendaknyer...

allan aurora said...

kepada mereka yang masih atauSementara ada ibu lagi didepan mata, hargailah,jagalah,HORMATILAH. Sayang lah akan dia. Kasih lah dia. Cinta lah dia. Berjasa lah kepada dia.Jangan biar walaupom hanya sesekali keluarkan air matanya mengalir kerna keangkuhan kita. semoga IBUmu sentiasa dilindungi allah azam.amin.....

chekgu Azam Aziz said...

terima kasih sahabat =)

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...