09 May 2011

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Atas pelawaan saudara Imansyah, maka aku pon join la contest ni..hurm..memang menarik kan contest nie, yela aku ni dah lama tak ke sekolah, dah 2 tahun lebih rasanya aku tinggalkan sekolah aku..rindu rasanya pada TADIKA SERTING 4, SK BANDAR BARU SERTING, SMK BANDAR BARU SERTING, dan  MRSM SERTING..



ucapan aku buat cikgu-cikgu aku;

saya nak ucapkan selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu di seluruh negara, terutamanya cikgu2 yang mengajar di 4 buah sekolah kat atas tu. Jasa anda semua tak akan saya lupa hingga akhir hayat saya.. teringat aku saat aku  masih cilik, langsung tak kenal huruf mahupun nombor, cikgu zaharah lah mengajar aku mengenal huruf dan nombor.. ingat lagi, aku pernah kena rotan dengan cikgu zaharah, sebab kami main kejar-kejar lepas gosok gigi.. nakal betol aku kan.. itu kenangan waktu tadika..



waktu aku masuk sekolah rendah, banyak yang aku pelajari..jumpa kawan-kawan baru, juga cikgu-cikgu baru..teringat cikgu norbaya yang pernah cubit perut aku sampai terkupas kulit, masa tu aku darjah 1.. itulah pengajaran buat aku kan.. terima kasih cikgu sebab cubit saya dulu.. bila masuk memori darjah 3, teringat cikgu yusuf, yang pernah denda aku ketuk ketampi 300 kali, sebab tak siapkan kerja rumah.. memang sakit kaki aku, sampaikan nak mencangkung pon tak boleh.. aku diamkan je, tak bagi tau pon kat mak dan abah.. yela takot kena marahkan..akhirnya kantoi jugak.. bila dah darjah 6, teringat cikgu norisah, cikgu marliza, dan  cikgu zarina.. pernah kena rotan dengan ketiga-tiga cikgu ni sebab tak siap kerja sekolah.. aku suka sangat ketiga-tiga cikgu ni, kalau lah diberi kesempatan, nak je aku jumpa mereka..



bila masuk ke sekolah menengah, teringat teacher chong, hehe, dia cikgu bi aku, tapi dah masuk islam dah, dan namanya Puan Ardini Chong.. teacher ardini memang garang.. aku memang takot giler nak masuk kelas dia.. banyak kali kena sebat dengan dia, pernah tu dia lempar buku aku, apa yang korang akan rasa bila hasil kerja korang dilempar begitu saja?..... huhu.. tapi aku sabar je, ada hikmah semua tu.. terima kasih teacher ardini.. kemudian teringat Puan noriah nayan.. cikgu sejarah aku, merangkap guru kelas kami tingkatan 3 abrar.. hehe aku paling suka subjek sejarah masa ni, sebab cikgu noriah best sangat.. ingat saat aku jumpa dia dekat library, sebab aku nak letak jawatan jadi ketua kelas.. aku tak nak jadi ketua kelas sebab aku dah jadi pengawas, nanti orang ingat aku gila jawatan pulak.. tapi cikgu tak bagi aku letak jawatan, sampaikan aku menitiskan air mata depan dia, sebenarnya ada konflik sebelum tu aku dengan dia, sampaikan dia mintak maaf kat aku..aku rasa bersalah sangat masa tu sampai aku tak boleh tahan air mata aku.. sayang cikgu noriah!!

jasamu kan ku kenang..




Bila aku masuk tingkatan 4, aku diterima masuk ke MRSM Serting.. bermula lah kisah aku disini.. Cikgu yang aku paling ingat dan tak akan aku lupa sampai bila-bila ialah cikgu Aina, cikgu BM aku.. aku paling tak sabar nak masuk kelas dia, sampai kan kami satu kelas berlari dari makmal fizik nak ke kelas dia.. hehe.. cara dia mengajar sangat seronok dan best, sukar untuk aku ungkapkan dengan perkataan.. selalu bagi hadiah buat pelajar yang dapat markah tinggi.. terimah kasih cikgu!!  selain tu, cikgu mastura jaafar, dialah yang mengajar dan membimbing aku, dalam pertandingan Forum Remaja, dan hasil didkan dialah yang telah membawa banyak kejayaan buat pasukan forum kami.. aku ingat lagi, dia tak pernah jemu mengajar kami teknik dan cara berforum dengan betul.. tapi penghujungnya tak semanis yang disangka, hubungan aku dan cikgu mas tak la seindah sebagaimana permulaannya..tak tahu lah dimana silapnya.. tapi apa pon, aku sayang sangat kat cikgu mas, yang terlalu banyak berjasa buat aku.. cikgu, andai ada salah dan silap saya tika kita bersua, maafkan lah dosa insan kerdil ini..dengar cerite cikgu mas dah dapat baby baru, tahniah yer cikgu!!!



Ramai lagi cikgu-cikgu yang pernah menabur budi buat diri ku..terasa tak cukup untuk diluahkan satu persatu.. bila dikenangkan, segala denda dan rotan yang kau berikan dulu, sangat berguna dan amat berharga buat aku.. dengan rotan dan denda kau lah yang telah mendewasakan aku, sampaikan aku mampu menginjak bumi menara gading..... kepada cikgu2 ku sekalian, kini anak murid mu sedang mula mengatur langkah yang sama seperti mu, berjanji setia untuk mengajar dan mendidik anak bangsa yang akan datang.. doakan agar cita-cita anak murid mu ini kan tercapai, sebagai mana cita-cita mu yang dah terlaksana, halalkan segala ilmu yang telah kau curahkan, hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya..andai ada kesempatan, moga dapat bersua kita lagi...


SELAMAT HARI GURU, JASA MU TAK TERNILAI DENGAN INTAN PERMATA!!!
SAYA SAYANG CIKGU SAYA!!!!!!!!!!!!


*pengalaman hidup mendewasakan aku, dan mencorak, cikgu apakah aku akhirnya nanti..




4 comments:

nba-Nur said...

Banyak sungguh kenangan bersama guru ye.. Good luck.. Moga jadi guru yg berdedikasi.

chekgu azam aziz said...

terlalu banyak dan tak muat nak disimpulkan, terima kasih nba-Nur, insyaallah ada rezki, jadi juga cikgu~

Nabihah Zulkifli said...

whoaaaa~ pn noriah tu ajar sekola mana eh ?

chekgu azam aziz said...

puan noriah nayan dulu ajar kat smk bandar baru serting, skarang tak tau kat mana..huhu..nape biha??