22 February 2011

buat jahat tak akan selamat..

Rata-rata surat khabar semalam mencatatkan tentang kes peragut maut dirempuh kereta. Selepas dia bersama rakan nya meragut seorang wanita, si mangsa tanpa berlengah dan tanpa perasaan takut, terus mengejar peragut tersebut. dan akhirnya motor yang peragut tu naiki dirempuh oleh sebuah kereta.

ambil lah iktibar daripada apa yang telah berlaku

"Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka." -sumber harian metro-


Sayang seribu kali sayang kan. Mati ketika melakukan kejahatan. Agak-agak apalah nasib dia kan. Sepatutnya kita mengharapkan akan mati dengan penuh kemulian dan penghormatan. Tetapi... ajal maut ditangan Tuhan.


Dari Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya.Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:Kerana inilah tanganku dipotong Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.


Buat kawan-kawan, renung-renung lah apa yang berlaku. Sememangnya apa yang kita buat, akan dapat ganjarannya, tak kira lah apa yang kita buat tu baik atau jahat. Buat jahat, akan dibalas jahat, buat baik akan dibalas baik. Ingatlah prinsip ini kawan-kawan. 

Moga kesilapan yang telah kita lakukan, jadikan lah sebagai pengajaran, dan jadikanlah ia sebagai batu loncatan buat kita untuk berubah mencari kebenaran. Jangan sempitkan akal dengan kebendaan, jangan bodohkan fikiran kerna memikirkan keduniaan, tetapi sibukkan lah juga minda memikirkan kematian.




No comments: