25 February 2011

kawan-kawan:jangan emosi~

"berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara untuk menyelesaikan masalah yang paling berkesan"

kadang-kadang kita emosi dalam tindakan yang kita lakukan. Baru-baru ni ada peristiwa membabitkan sahabat-sahabat aku. Apabila ada yang tak puas hati, diluahkan secara tak rasional.

nak menyelesaikan masalah bukan dengan emosi, tetapi perlu la perbincangan dengan baik. Barulah masalah dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan.

Kalau kita tak puas hati dengan seseorang, lebih baik kita simpan terlebih dahulu, atau kalau kita tak dapat nak simpan, kita bincang la dengan orang yang kita tak puas hati secara bersemuka. Bukan makna kata nak bergaduh atau nak bergusti, tapi nak luahkan rasa tak puas hati. Barulah kita dapat selesaikan masalah.

 Kalau tengok trend sekarang, nak selesaikan masalah je, ajak gaduh. Tak puas hati je ajak gusti. Inilah sebenarnya tindakan orang-orang yang tak ada akal. Tak tau nak fikir panjang. Terlalu mengikut emosi.

Sebagai manusia, memiliki akal yang dikurniakan Tuhan, seelok-eloknya guna la akal tu dengan sebaik mungkin. 

seseorang yang jujur, diterima ucapannya oleh musuh

2 comments:

aniss said...

betul 2...kekadang kita perlu menjd pendengar kedua-dua belah,dn kta menganalisis apa yg betul dan apa yg salah..Bersemuka adlh jln yg sesuai dgn guna cara burger(kta en.nizammudin)apabila cuba utk mnyelesaikn mslh

azam aziz said...

teori burger~
hehe menarik teori tu, bgos2 anis..hehehhee

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...