04 February 2011

awan nano & abah..

Apabila aku terdengar lagu Awan Nano dan juga sambil menonton video klipnya, aku rasa tertarik dan menarik terhadap lagu ni. Lagu ni mengisahkan tentang seoarang anak dan abahnya. menarik isu yang dibawakan..



Bagi aku lagu ni memang best. Lagi-lagi disertakan dengan video ala-ala drama yang meruntun hati. Suara Hafiz pon sedap.

Iktibar daripada video dan lagu ni, sayangilah abah kita, kerna kita selalu tertinggal frasa abah, bila mengenang "parent" kita. Walaupun hari bapa lambat lagi, sesungguhnya pengorbanan abah kita setanding dengan pengorbanan mak kita walaupun dia tak melahirkan kita. Jangan anggap abah kita sebagai tempat kita meminta wang saku dan sebagainya yang bersifat material, tetapi hargailah dia sebagai tempat kita menumpahkan kasih sayang, dan berkongsi kisah suka dan duka. 

Kita tak punyai abah yang banyak. Sesungguhnya kita lahir didunia ini dianugerahkan dengan seorang abah sahaja. Maka hargailah dia selagi dia masih disisi kita..
murni kasih sayang seorang abah..


4 comments:

Emylin_Izlin said...

sedihnyer la hai lagu ni.....syg abah lebih la :-(

Affan said...

Salam.
Rasanya baru pertama kali dengar lagu ni, kat blog ni. hehe.

ada part2 yang best, contohnya time bapak die kejut die tu. mmg realiti, ada orang macam tu. org lain kejut marah, even bapak sendiri. ish3.

tapi part budak2 tu curi patung tu takleh blah, dah lah curi dari org gila. hehe.

sedih gak part surat tu. huhu.

eh ayah die mati sebab kena bunuh dgn org gila tu ke

Syahir Ramli said...

wow!!!sedap gak lgu neyh...mv die pon best...nk nanges pon ade...

chekgu azam aziz said...

Affan: memang best pon, sedih gak tgok vc lagu ni kan, yg pasal ayah dia mati tu sebab org gila tu ingat ayah hafiz tu adalah hafiz, tersalah bunuh la tu..(agaknya la..hehe)
syaHot: sendu sedan ka tgok vc nieh?? haha