Istilah bebas amatlah digemari ramai. Terutamanya bagi mereka yang terkongkong. Tak kiralah terkongkong dengan sape, asalkan wujudnya keadaan tersekat, terbelenggu dan terikat oleh sesuatu, maka itulah keadaan terkongkong.
Sedar atau tak, remaja atau muda-mudi la lebih banyak yang mencari kebebasan, mencari hak mutlak(kononnya). Tak kurang juga yang memperjuangkan hak mereka sebagai remaja yang ingin kan kebebasan seperti muda-mudi di barat. Perjuangan mereka itu sangat gigih. Sehingga membuahkan hasil yang cukup pahit untuk ditelan. Inilah hakikat yang dijumpai mereka. Aku bukan anti remaja atau aku tak suka kebebasan, tapi kebebasan yang mutlak tu hanya milikNya sahaja. Kita ni sangat terbatas.
indah ke?
Semalam baru je berlangsung hari Valentine. Rata-rata media memaparkan betapa sebagai muslim haram meraikannya. Hatta sang artis juga melaungkan perkara yang sama (hipokrit). Selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap sambutan hari itu;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
adakah anda sambut dengan tanpa anda sedari??
Tetapi..lihat saja dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15/2/2011, beratus-ratus pasangan haram ditangkap bermadu kasih dan melayarkan asmara. "Indahnya" dunia....Tak mustahil lah laporan Jabatan Pendaftaran Negara mencatatkan seramai 17,303 orang anak luar nikah dilaporkan pada tahun 2009, seramai 16,541 orang anak luar nikah dilaporkan pada tahun 2008, dan seramai 16,100 dicatatkan pada tahun 2007. Alangkahnya meriahnya negara kita dengan angka ini....
Ada lagi yang lebih tragis. Buang bayi. Manusia kalau dah akal diletakkan sebaris dengan tahi, maka apa-apa sifat yang bukan milik manusia pun akan dilakukan. Binatang pon tak ada sifat macam tu. Statistik Polis diraja Malaysia mencatatkan sebanyak 396 kes pembuangan bayi sejak tahun 2005. Apa nak jadi la manusia kan...
Sebenarnya salah siapa benda macam ni boleh jadi?? Masing-masing saling tuduh menuduh. Akhirnya tak tahu sapa yang patut dipersalahkan. Jalan penyelesaian?? Banyak dah diguna pakai, tapi tak berjaya pun nak pulih kan keadaan ni.
Ada orang cakap, "ala akhir zaman..memang la macam nie.." Agak-agak apa respon ada tentang kenyataan orang nie??
***saya perlukan respon anda
***saya perlukan respon anda
2 comments:
azam, cuba tengok isu buang bayi hot time bila? agak2 ada lepas 9 bulan lepas tarikh valentine tak? (wah sukahati aku). hehe. btw, respon aku.. aku tak tau nak respon apa T__T
rayhanroslan
ahhaa..yekot rayhan. Maybe tak sampai 9 bulan da mula kes buang bayi merata2..huhu...respon..menanti..
Post a Comment