23 July 2011

cerita epik:singa membaham harimau.

Bermulanya kisah,
dalam sebuah belantara,
terdapat pelbagai rupa mahkluk Tuhan,
yang dicipta untuk taat padaNYA.

Dari sekecil-kecil semut,
hinggalah sebesar-besar gajah,
dan setinggi-tinggi zirafah,
sepanjang-panjang sawa.

Tiba satu ketika,
mereka saling berhujah,
untuk menentukan siapa yang paling juara,
siapa yang paling bergaya.

timbul idea,
barang siapa dapat beradu dalam sebuah gelanggang,
satu antara satu,
saling gelecek kali lincah,
membawa buah kelapa di kaki,
dan masukkan ke gawang lawan,
maka dia bakal juara.

itulah syarat pertandingannya.

tampil sang belang, bernama harimau malaya,
dengan gagah menunjukkan sisi belangnya yang mengerikan,
sambil sinis mengangkat bibir menyerlah taring setajam alam.





Datang sang lawan, singa mengaum,
menderu deras unggas meluncur ketakutan,
sambil kaki menapak perlahan menampakkan kegagahan,
mengibas keras huraian rambut yang lurus menawan,
sambil mencabar sang harimau malaya.





Terus masuk ke gelanggang,
bingkas harimau malaya terjah dengan padu,
tersenak singa diminit awal serangan,
harimau mengukir senyuman amaran.

Singa tanpa berlengah,
jurus diasah, dan tertumpu pada harimau,
pelbagai taktik serangan diguna pakai,
tonik serangan terkini menjadi permainan singa,
sampaikan harimau tertunduk menahan kesakitan,
hingga di minit pengakhiran,
singa masih berleluasa cengkamannya,
mencengkap rapi harimau,
langsung taring tak berguna.

tapi,
belum akhir lagi,
harimau tertelan azimat semangat,
laju menghujani sisi singa dengan turus hikmat,
hingga terpelanting si singa menahan kuasa harimau.





namun apakan daya,
terlebih pada singa,
miliki kelebihan berbanding harimau,
akhirnya singa berjaya menundukkan harimau..




Namun, belum lagi tamat cerita ini, 
harimau mengajak beradu di gelanggang asalnya.
supaya adil dan saksama, 
keputusan diterima semua buana.
nantikan keputusan akhir nanti.

*biarpun kita saling beradu tenaga, beradu bergaya, asalkan jangan lupa kita saudara.



No comments: