22 July 2011

makin tinggi kau belajar, makin singkat fikiran kau,

tajuk diatas adalah secoret dialog dalam drama Tahajjud Cinta,
tadi sempat aku tangkap dan cerap.





kita selalu dengar bait ni,
selalunya bila orang tua-mak dan ayah,
sedang marah dengan anaknya.

kenapa agaknya ya ayat di atas tu senang betul terpancul oleh mulut orang tua?
bagi aku mungkin sebab berlainan ideologi dan pemikiran.





ya lah,
ibu bapa dan anak berlainan generasi,
corak zaman kehidupan pun berbeza,
langit yang menaungi pernafasan pun sering kali berubah,
mewujudkan keadaan berbeda sama sekali.

si anak tidak faham si emak,
si emak terkial memahami si anak,
kadang kala wujud situasi ayam dan itik berbual,
langsung tak faham apa yang dibualkan.





sepatutnya,
kedua-dua pihak perlu ada pertalian toleransi,
mewujudkan keadaan saling memahami dan penerimaan yang terbuka,
si ibu dan anak cuba memahami, 
dan meletakkan akal fikiran masing-masing sebaya,





letakkan ego masing-masing ke tempat yang paling rendah, 
paling mulia campakkan disisi longkang.

*letakkan apa yang mutlak pada haknya.



2 comments:

mR. nAzFaZ said...

betul3..stuju sgt ngn pendapat cekgu tuu..

chekgu Azam Aziz said...

bila wujud perbezaan, sangat memerlukan persefahaman, agar tak berlaku pertelingkahan, selamat beramal ;P

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...