30 April 2012

terbawa dalam mimpi

Kebiasaannya, kalau ada sesuatu perkara yang mengganggu emosi dan perasaan aku, sukar untuk dijelmakan dalam naskah mimpi. Namun, kalau sesuatu perkara itu menjadi permainan pemikiranku, maknanya sering berputar dalam layar minda ku, insyaallah kan menjadi satu filem hebat dalam bentuk dimensi mimpi. Hebat bukan !

Baru-baru ni, aku asyik teringat tentang buku-buku yang aku pinjam di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Tiga buah semuanya. Semuanya perihal pengurusan pembelajaran dan emosi pelajar, untuk aku siapkan tugasan artikel subjek Pengurusan Pembelajaran. 



Alkisahnya, bila aku sudah lewat untuk pulangkan buku. Lebih dua minggu rasanya, jadi, muncul lah dalam benak ni, asyik fikirkan, bila lah agaknya aku nak pulang. Terus menjadi kenyataan bila menjadi episod yang diputarkan dalam mimpi. Begini ceritanya..

Aku terus ke kaunter sirkurlasi untuk memulangkan buku yang sudah tamat tempoh pinjaman, yakni dua minggu. Aku lihat ada seorang pekerja lelaki yang sedang duduk menjaga kaunter itu. Terus sahaja aku hulurkan buku-buku tersebut. Menanti untuk diperiksa jumlah denda yang bakal dikenakan terhadap ku.

 Pekerja itu bersuara, " jumlah denda RM 40 " Aku terus terperajat ! Mahalnya !! aku terus cek dompet, cuma ada RM 30  saja. Aku menjadi cuak. Lantas aku mendekatkan wajah ku pada pekerja tersebut, seraya berbisik padanya, "bang, saya ada RM30 je ni.." dengan nada sedih. Beliau kembali menjawab,"tak apa, lepas ni bayar penuh". "Terima kasih banyak-banyak bang", lega. Tiba-tiba aku terjaga ! Terus aku mencari di mana aku letakkan buku-buku itu. Rupa-rupanya ada di atas meja. Syukur..



Pengajarannya, jangan lupa pulang bila sudah meminjam. Jangan biarkan menjadi pekasam dalam simpanan anda, ramai lagi orang nak guna buku tu sebagai rujukan. (muhasabah diri ini hehe)

#selalu sangat kena denda lewat pulang buku

No comments: