29 April 2012

Tidak susah untuk bercakap

Ramai hari ni, diantara sahabat-sahabat aku, yang mengeluh dengan kemampuan diri masing-masing. Terutamanya perihal bercakap didepan orang ramai. Rata-ratanya seram sejuk dan takut nak berhujah dan bercakap depan orang ramai, walaupun disediakan skrip. Gemuruh katanya.

Ya, aku sangat akui, untuk bercakap depan orang yang ramai, memang mencabar emosi, mental dan sedikit fizikal. Terutamanya mental. Berhadapan dengan wajah-wajah yang anda tidak kenali, mahupun anda kenali, dengan pandangan mereka berfokuskan  anda, setiap reaksi, mimik wajah anda, pergerakan anda diperhatikan, wajarlah anda menjadi gemuruh. Tidak salah ada perasaan gemuruh.


Fasilitator SMK Seri Kundang


Ada sahabat aku yang kata, "kau pandai cakap tak apa la azam,". Mudah untuk aku jawab, setiap manusia pandai bercakap, cuma membezakannya ilmu dan pengalaman. Kalau anda ada ilmu, maka percakapan anda insyaallah bermaklumat, jika anda berpengalaman, insyaallah percakapan anda menarik.

Tiada manusia dilahirkan didunia ini bermula dengan kejayaan. Belajar untuk mencuba. Insyaallah anda berjaya.

Sebelum aku jadi seperti apa yang aku jadi hari ini, aku bermula dengan paksaan. Masih lagi aku ingat, darjah enam, aku dipaksa oleh cikgu Bahasa Melayu ku, Cikgu Norisah, untuk mewakili kelas dalam pertandingan bahas. Dalam keterpaksaan, aku sertai. Allhamdulillah dapat naib johan.

Pertandingan Forum Remaja



Bermula detik itu aku mula memberi perhatian tentang skil komunikasi. Masuk sekolah menengah, aku mula terlibat dengan pertandiangan debat, forum remaja, dan juga pidato. Alhamdulillah, rezki Tuhan ada dimana-mana. Malahan aku sering diminta untuk menjadi pengacara majlis untuk majlis-majlis rasmi sekolah. Alhamdulillah, dengan ruang dan peluang itulah temapt untuk aku belajar, dan mengutip pengalaman. Jujur aku cakap, waktu mengutip pengalaman itu paling menyeksakan, namun usai pengalaman ditimba, manis datang menyapa memberi makna dan balasan atas hasil usaha.

Tempat ketiga Pidato Daerah


Sampai di universiti, terlalu banyak tugasan yang memerlukan diri ini berdiri dihadapan khalayak untuk membentangkan kerja dan tugasan. Ini juga salah satu daripada latihan komunikasi. Malah aku turut juga terlibat menjadi pengacara majlis untuk majlis-majlis rasmi dalam universiti juga di luar universiti. Sesungguhnya banyak pengalaman yang diperoleh. Sesungguhnya semakin banyak pengalaman ditimba, semakin terasa dahaga akan pengalaman. 


MC Kursus Induksi PERSADA di UPM


MC PERSADA Bersama Pemimpin di UKM



Untuk menjadi yang lain, aku menceburkan diri dalam bidang fasilitator, menjadi seseorang yang mampu memberikan sesuatu buat adik-adik ku. Alhamdulillah, ada juga mereka yang sudi memberi aku peluang untuk menjadi seorang fasilitator.  Provokasi daripada adik-adik, mengajar aku keadaan sebenar dalam bilik darjah. Pengalaman yang sangat berharga. 


Kursus PRS SMK Seksyen 7


Kursus Induksi PERSADA Kebangsaan



Itulah, tidak susah untuk mendapatkan ilmu dan keyakinan untuk bercakap dikhalayak ramai. Perkara paling penting adalah keberanian dan jangan malu untuk mencuba. Buang pemikiran dangkal. Jangan malas untuk belajar sesuatu yang berguna buat diri kita sendiri. 


Debat Gender IPT di UMT


MC Open Day KAB


Program AURA 2011




Jika kita diajak setai program, kalau ada kelapangan, ikutlah. Sebenarnya disitulah Tuhan memberi kita peluang untuk belajar komunikasi. Biar kita diketawakan pada mulanya, asalkan kita ambil pengajaran dan belajar daripada kesilapan. Ingat, tiada manusia yang sempurna. 


Debat Diraja 2012 di USM


MC Karnival Inspirasi Al Quran FELDA di Trolak


MC Baktisiswa UiTM & UPSI


Keyakinan itu penting untuk anda menjadi seperti orang lain yang anda sanjungi. Keinginan anda untuk menjadi seperti idola anda, mampu anda capai, andai hasrat hati itu disertai dengan usaha yang gigih, tanpa rasa malu mencuit semangat anda untuk berjaya.


Ada yang tanya, siapa idola aku? Aku sangat mengagumi seorang figura ini. Aku sangat terpesona dengan percakapan, gaya bahasa, dan corak pemikirannya. Lontaran buah fikirnya dalam setiap bual bicara yang beliau kendalikan, sangat ilmuan aku katakan, jika tak keterlaluan.  Beliau ialah saudara Sayed Munawar Jamalullail, personaliti RTM.




Sayed Munawar




Tanam tekad yang unggul, supaya insyaallah, liku sepanjang jalan yang anda tempuh, dapat anda atasi dengan kemudahan. Ingat, usaha itu tangga kejayaan, redha Tuhan, anda kan  menikmati kejayaan~ 

1 comment:

Noraisyah Suhaili said...

mungkin sebab tak biasa kot. tu yg gemuruh. kalau da biasa lama2 ok la. saya pun slalu gemuruh. tp sebagai student nak tak nak memang terpaksa bercakap dihadapan :)