05 December 2010

selesai sudah.

Selesai sudah sesi pembelajaran untuk sem 1 sesi 2010/2011. Setelah berhempas pulas mengolah kepala otak nie, mengerah kudrat berlemak-lemak nie, akhirnya sampai juga penghujungnya. Kalau ikut analogi puasa, lebih kurang dah raya la. Semua mula berpusu-pusu pulang ke destinasi masing-masing. Tanpa menoleh pak guard dan mama guard yang setia menanti di pintu pagar. Keinginan untuk sampai kerumah mengatasi segala-galanya, hingga ada yang tertinggal barang untuk dibawa. Inilah ragam tika cuti bermula. Sedih mula berarak menutupi langit mereka yang lambat pulang, dan juga buat mereka yang tak pulang ke desa. Perasaan bercampur baur, terngiang-ingang sandiwara rakan sebilik, syahdunya saat itu...
Apapun yang terjadi, kehidupan harus diteruskan, meniti gelombang harapan, agar sampai ke destinasi juga. Biarlah lewat seribu tahun, asalkan kaki jejak ke tanah harapan. Sebagai akhirnya, selamat bercuti sahabat-sahabat ku, moga terus sukses meniti hari-hari tanpa buku di rumah. Moga berjumpa lagi pada sem hadapan. wasalam!!
-blog ini akan terus bernafas, tidak mengikut cuti-

3 comments:

TintApEna said...

hg bleh la...umah ada interner..aden nih..terpaksa gak bercuti sekali sekala..adeh3

Cahaya Mataku said...

selamat bercuti, azam (walaupun bukan bercuti secara 'mutlak')

Hakir pEngeran said...

wahai tinta, aku menumpang wifi jiran kesayangan ku..cahaya mata, selamat bercuti,(cuti yang hak..)

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...