15 March 2011

aku bukan Pencuri masa yang baik!

Masa aku hanya diberikan oleh Tuhan sebanyak 24 jam je. untuk aku bahagi kan kepada sesiapa yang berkenaan aku rasa mustahil...

boleh ke aku putar kan balik masa??


Bila tiba hujung semester, aku dapat rasakan masa 24 jam tu sangat tak cukup untuk aku meniti hari seperti biasa. Dengan lambakan kerja kursus dan tugasan yang sememangnya perompak masa yang sejati, membuatkan hari-hari aku semakin nipis. 

Sambil dihiasi program-program yang amat aku perlukan untuk aku belajar menjadi seorang pendidik, lebih menyepitkan hari-hari aku bersama-sama mereka yang selama ni menjadi peneman aku. Seharian masa aku ditemani keadaan didalam bas, kelas, program, tugasan dan lambakan ilmu yang perlu aku telaah sebelum menjelang minggu ke 14 yang bakal menandakan berakhirnya hari-hari kuliah.


ketika Program Kecemerlangan SK Kg Pulai..




Sampai ada yang mula kecewa dan meluahkan "sukar meluangkan masa bersama". Bukan aku yang pinta, dan aku bukanlah pencuri masa yang baik. Aku sukar untuk membahagikan masa. Aku susah nak susun masa untuk kalian semua.

Mungkin kalian perlu untuk berada ditempat aku, untuk merasakan apa yang aku rasa. 

Aku perlu untuk belajar untuk pandai membahagikan masa. Perlu untuk bijak memahami masa, 
kerna aku bukan lah pencuri masa yang baik..

*Tuhan, berikan-lah aku kekuatan untuk mengisi masa yang dianugerahkan kepada aku..













4 comments:

Anonymous said...

bagus2...aku suka sgt...AKU BUKAN PENCURI MASA YG BAIK.......

aniss said...

LIKE3x..ye,,begitulah lumrah kehdpan mahasiswa bila diakhir sem..hu3..biarpown kita sukar utk meluangkan msa bersama,tetapi tidak bermakna kita tidak berusaha mencuba meluangkan masa bersama wif?????tepuk dada,tanya hati..heee

vidadarisakura said...

kena belajar bahagikan masa betul2 ni. ;)

azam aziz said...

huhu..tengah cube bahagi kan masa~
*tapi still tak pandai..kuang3

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...