Ingin coretkan kenangan ketika debat nc 2011. Edisi kali ni merupakan kali kedua aku sertai debat naib cancelor setelah tahun lepas aku hanya layak sampai ke peringkat suku akhir je.
Namun kali ni, kami team Kolej Aminuddin Baki, telah berazam, nak merampas piala nc tu daripada pegangan Kolej Ungku Omar. Setelah merangkul Piala Pengetua KHAR, rasa lebih semangat nak rampas piala NC (dah la piala baru!!)
Kami mulakan latihan secara intensif selama 2 minggu sebelum pertandingan. Seperti biasa, banyak kekangan, ada yang ada klas, ada diskusi, asignment dan sebagainya. Kadang-kadang sampai menimbulkan keresahan kepada saudari anis..
Latihan kebiasaannya bermula jam 11. Kami berlatih secara bersendirian. Kalau tahun lepas kami diajar oleh abang zam, tapi kali ni dia tak ada. Dia tengah praktikum.
Cuma kadang kala senior debat kab datang bagi semangat kepada kami, kami akur, masing-masing ada tuntutan yang perlu diselesaikan. Kami teruskan jugak latihan walaupun terasa kami amat memerlukan mereka.
Aku rasa kali ni lah latihan yang paling best buat pendebat muda KAB, kami berlatih secara santai. Teringat tika kami kebosanan, kami pegi ke tengah padang KAB, waktu tu dah pukul 12 tengah malam, kami menjerit-jerit untuk lepaskan tekanan, kami buat energizer, teka-teki dan kami buat hal kami sendiri, walaupun ada orang yang pandang pelik kat kami. Yela tengah-tengah malam tergelak kalah puaka!! hehe
Sampai hari pertandingan, aku dah pesan dekat team aku, anis dan dayah@achik, kita bergerak secara 1 pasukan, kita menang juga dalam 1 pasukan, jadi masing-masing kena saling mempercayai antara satu sama lain. Itulah yang kami pegang..
Bermula dengan saringan yang pertama, team aku, KAB 2 Vs SMKBS(smk bukit sentosa) dengan usul EARTH HOUR TIDAK RELAVAN. Ketika ini aku memang rasa tercabar bila berlawan dengan budak sekolah!! Keputusannya...kami kalah!!! juri 2-1, margin 1.5. Jujur aku katakan, ketika aku memang down sangat-sangat. Tapi aku tak nak tunjuk kat anis dan dayah. Aku tak nak dia orang jatuh semangat.
Teruskan dengan saringan kedua, menentang KHAR 2 (musuh lama..hehe) dengan usul DEMI PERPADUAN:INTERLOK WAJAR DIPINDA kami sekali lagi sebagai pembangkang. Keputusannya..kami tewas lagi!! dengan margin agak besar, 4.++... Tika itu aku rasakan dah tak ada peluang aku nak teruskan perjuangan.. Kami di ranking terakhir..
Tapi aku tengok anis dan dayah tak menampakkan kekecewaan pada wajahnya, buatkan aku terus semangat nak habiskan saringan yang ketiga. Kami menentang KZ 2, dengan usul POLITIK MALAYSIA: IDEALOGI NO 1, KEBAJIKAN NO 2. Buat kali ketiga sebagai pembangkang.
Kali ni, keajaiban Tuhan berlaku, kami menang!! dengan margin 12!!!! terus melonjakkan kami ke tangga ke lima!! Alhamdulillah..aku bersyukur sangat..
Teruskan kemaraan ke peringkat suku akhir, menentang SMKBS lagi, dengan tajuk YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN. Memegang mandat selaku barisan kerajaan akhirnya kami menang dengan margin 8. Alhamdulillah..
selepas suku akhir..penerangan dari kak nora..
Terus mara ke separuh akhir, menentang KUO 1,(penyandang juara) dengan usul KEMELUT DUNIA : PROPAGANDA AMERIKA SYARIKAT. Aku rasakan match kali ni sangat sengit. Aku rasa setara antara kami berdua. Keputusannya..alhamdulillah..tak ada rezki kami nak mara ke pentas finale. Kami tewas dengan margin 1!!!!!! sangat-sangat terkilan.
Namun begitu, walaupun tiada pasukan KAB yang ke pentas finale, namun aku amat berbangga dengan kedua-dua pasukkan KAB yang masuk separuh akhir!! tahniah kalian!!
inilah keluarga debat KAB yang aku sayang!!!
Kalian menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan warga KAB!!! tahniah sangat-sangat.
Aku rasakan, pertandingan kali ni amat mengajar aku tentang kesabaran dan kegigihan. Mungkin ada hikmah aku tak mara ke final. Aku terima dengan redha. Mungkin rezki aku pada edisi lain..Insyaallah.
ketika malam final, bersama finalis KHAR 2..
suasana ketika pentas final..aku kira kurang hangat..
alhamdulillah..rezki dari langit..pendebat terbaik liga..
*sudah bersedia wakil u..
7 comments:
ye,,kita bergerak dlm 1 kumpulan..percaya pd kwn masing2..satu keajaiban,bairpown dayah ngan azam ubah posisi,,tp team kita still maintain...agree,,rezeki kita mungkin lain kali plak..
sesuatu semua ahli2 pendebat......hehehehehehe
tahniah azam n team kab=)
Jangan pernah berhenti berdebat :)
terima kasih!!!
ting:ko memang sesuatu!!
bonda mus:insyaallah...
wah, cmbest je men debat-debat niyh, nak join boleh?, anyway, tahniah kpade pendebat terbaik liga, saudara hakir,
peace!!!
Anonymous:ahha, memang seronok pon debat, join ler, best w000oo, thanks ya!~
Post a Comment