01 August 2011

1 Ramadhan : Ragam hari pertama

berlalu sudah puasa hari yang pertama,
yakni 1 Ramadhan.

Terasa cepat masa berputar,
tiba-tiba je sudah menjengah sisi 2 Ramadhan,
kisahnya 1 ramadhan pelbagai,
hehehehehehe

Hari ini hari pertama,
aku tolong mak aku berniaga,
setelah 4 tahun aku berkelana,
sungguh lama.

banyak perkara yang aku tak tahu,
dan aku kurang ambil tahu,
tentang selok belok berniaga.

Berniaga kan sunah Nabi.

sejak pagi dah mulakan persiapan untuk berniaga,
mak aku cuma berniaga kuih muih dan mee goreng untuk berbuka.

setiap tahun akan ada jiran aku yang tolong mak,
macam tahun ni,
jiran sebelah rumah aku,
budak tingkatan 2-Afiq.

tepat jam 4.15 petang kami mula angkat kuih muih,
susun di meja hadapan rumah aku,
oh ya, mak aku berniaga di depan rumah je-mudah.


gambar hiasan


sebelum itu,
ada konflik,
nak letak harga kuih,
mula-mula agak lawak,
yela, bayangkan dah nak mula berniaga,
 tapi tak ada kata putus pasal harga,
akhirnya mak kata "seringgit empat biji",
semua tutup mulut.

lepas sahaja kami semua susun kuih muih,
pelanggan setia kuih mak terus capai plastik,
adegan serbu menyerbu berlaku,
aku tak sempat nak buat aoa-apa,
cuma memerhati dari belakang,


gambar hiasan


tepat pukul 5 petang kuih dah habis,
ramai yang datang hampa,
aku sempat pesan,
"mak cik, esok datang awal sikit yer"

alhamdulillah,
rezki dibulan Ramadhan memang melimpah ruah,
cuma kita perlu rajin untuk cari,
jangan mengharap bulan jatuh ke riba,
yang bulat datang bergolek,yang pipih datang melayang.

usaha tangga kejayaan.

~salam ramdhan~

No comments: