KUALA TERENGGANU 11 Ogos – Polis menahan seorang guru agama di sebuah sekolah menengah di Batu Rakit di sini, awal pagi ini bagi membantu siasatan kes meliwat seorang pelajar lelaki.
Guru berusia 42 tahun itu didakwa meliwat mangsa yang baru berumur 13 tahun antara bulan Mac hingga Jun tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pelajar tersebut bagaimanapun hanya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Batu Rakit semalam.
Menurutnya, dalam laporan itu, mangsa mendakwa telah diliwat sebanyak tiga kali oleh suspek di sebuah kuarters guru.
“Selepas laporan itu diterima, polis menahan guru agama itu kira-kira pukul 4 pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Manoharan berkata, guru agama itu sudah berkahwin namun isterinya yang juga seorang guru kini tinggal dan mengajar di Kelantan.
*semakin hari semakin pelik dunia kan. Si guru agama mula menceburkan diri dalam dunia noda. Betul hakikat ini, tiada manusia yang sempurna. Alangkah manisnya kalau dia menjadi penyeri dan pendekat kepada hidayah Tuhan. Tak tahu nak salahkan siapa. Si pelaku sudah berkahwin, nah apa lagi yang dia mahu?? yang halal sudah didepan mata. Mungkin dengan ruang masa dan tempat yang berbeza, tugas yang menjarakkan mereka, menjadikan pelajar adalah tempat "terbaik" melampiaskan nafsu serakah gila. Hakikatnya nasi sudah menjadi bubur. Terima walaupun pahit hempedu. Jadikan ikhtibar di bulan mulia. Moga kita dijauhkan dari api neraka..amin..
salam ramadhan..
No comments:
Post a Comment