06 August 2011

7 Ramadhan : kasihani lah kanak-kanak

Baru tadi sempat membelek secara maya-akhbar,
tentang Akta Kanak-Kanak 2001.




jaga mereka, supaya mereka jaga kita nanti






Apa yang ada dalam akta tu??
rupa-rupanya dalam akta tu,
ada menyatakan,
dalam seksyen 15;




Sekatan ke atas laporan dan penyiaran media

15. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa laporan media massa mengenai—

�.(a) apa-apa langkah yang diambil terhadap seseorang kanak­kanak yang terlibat atau berupa sebagai terlibat dalam apa-apa perbuatan atau peninggalan jenayah, sama ada langkah-langkah itu pada peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan;

�.(b) mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya jagaan diambil di bawah Bahagian V;

�.(c) mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama telah atau disyaki telah dilakukan; atau

�.(d) mana-mana prosiding di bawah Bahagian VI,


tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkap apa-apa butir yang direncanakan untu k membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan dengannya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

�.(2) Gambar—

�.(a) mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1); atau

�.(b) mana-mana orang, tempat atau benda lain yang mungkin membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian,

�.(3) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, dalam apa-apa kes—

�.(a) boleh, jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian; dan

�.(b) hendaklah, dalam hal sesuatu permohonan oleh atau dengan kebenaran Pelindung,


tidak boleh disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.

mengetepikan kehendak seksyen ini setakat yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah.

�.(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

�.(5) Bagi maksud seksyen ini, "menyampaikan" termasuklah menyiarkan melalui radio atau televisyen.





Aku amat bersetuju dengan akta ni, 
ya la,
kasihan la dengan kanak-kanak yang berhadapan dengan jenayah,
runtuh emosi dan maruah mereka,
jatuh air wajah mereka,
menambahkan trauma nanti.

Kanak-kanak yang berdepan dengan trauma sejak kecil,
bakal berdepan dengan 'lekatan' pabila dewasa nanti,
berubah menjadi seorang yang mungkin pasif, agresif, juga kelainan identiti.


wajah negara kita masa hadapan




Seharusnya kanak-kanak dilindungi,
bukan disakiti.

Didiklah kanak-kanak dengan ilmu akhirat,
disampingnya didengarkan ilmu dunia, 
supaya jiwanya bergerak seiring dengan agama dan syarak, 
juga tak tersisih arus modenisasi.


No comments: