Alhamdulillah,
sudah lapan ramadhan,
pejam celik sahur buka,
dah lapan hari kita berpuasa-tak sangka.
Hari ni aku cuba untuk masak,
sebab selalu tonton cerita "Ketuk-ketuk Ramadhan",
cerita tu memberi inspirasi dan idea untuk aku berkarya di dapur pula.
Al kisahnya aku dah lama tak makan begedil,
maka dengan kemudahan jaringan tanpa sempadan,
maka aku dengan mudahnya menyemak dan mencar resipi begedil di internet.
gambar hiasan
berkat membelek-belek laman sesawang,
dapat jugak aku jalan cerita untuk aku membina karya masakan.
dengan kudrat yang ada, aku gigih mengupas kentang,
kupas bawang, goreng bawang,
rebus daging, cincang daging,
lenyek kentang, uli kentang,
adun ramuan, panaskan minyak,
pecahkan telur, masukkan adunan ke dalam kuali,
angkat gorengan, akhirnya siap-BEGEDIL.
gambar hiasan
alhamdulillah, rasanya agak menarik,
tak la seteruk mana,
abah kata rasanya macam begedil kat kedai-tersenyum aku.
mak pulak kata, tak cukup garam-terima kritikan membina.
gambar hiasan
moga usaha kita untuk belajar sesuatu adalah ikhlas,
kerana Allah Taala,
supaya ilmu yang diperoleh menjadi titipan di langit rahmat,
dan menadi bebuih pahala yang menghampar diakhirat kelak.
salam ramadhan..
*gambar hiasan yang dipaparkan tiada kena mengena dengan begedil chekgu azam aziz..
NAK MENANG RM10,000 DENGAN NESCAFE CHILL-LAH. KLIK DISINI.
JOM TENGOK TELEGON SAMSUNG GALAXY GS2. MENARIK
2 comments:
nmpk sdp.. pndai jugak ckg ni ye..
alhamdulillah, sedap la jugak, mak suruh buat lagi hari ni. hehehe
Post a Comment