sudah tentu anda sedang berkira-kira hendak beli emas,
menjadi simpanan untuk hari muka.
Emas kini menjadi idaman setiap insan strata negara,
dambaannya meningkatkan permintaan,
melonjakkan harga sehingga paras kenaikkan tak masuk akal,
si kaya terus mengorak langkah menyerbu gedung pak habib,
si marhaen terlongo memandang semata-mata.
lonjakan harga emas
Pemerhati dan penganalisis ekonomi terus aktif,
mengeluarkan kenyataan untuk menaikkan nama,
katanya emas kini adalah perlaburan terbaik dunia,
harganya terus meningkat mendadak.
tanpa berlengah,
Korea Selatan terus tanpa berlengah,
menambah rizab ekonominya dengan membeli 25 tan emas,
dengan harga AS$1.24 billion!!
dengan harga emas yang stabil,
dan ketidak tentuan ekonomi Amerika Syarikat dan eropah,
serta kejatuhan matawang utama dunia,
menjadikan emas sebagai pilihan terbaik untuk dijadikan aset negara.
"Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal"
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil,
berbanding Bank-Bank Pusat Asia ,
China menduduki tempat keenam,
memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab.
kita yang tak mampu memiliki seinci emas,
usah khuatir,
emas bukan lah segalanya.
ada sahabat saya kata,
duit memang bukan segala-galanya,
tetapi bagi saya,
jika kita ikhlas menerima ujian Tuhan,
insyaallah rezki kita ada dimana-mana,
tak perlu takut dengan diri kita yang tak punya harta,
kadang kala insan seperti kita lebih 'berharta' dari si kaya.
*kadang kala emas membuatkan kita buta dan pekak kepada Tuhan..
2 comments:
ada sahabat saya kata,
duit memang bukan segala-galanya,
tetapi segala-galanya memerlukan duit.
like frasa tuss...hahahaha
hahahaha sahabat saya yang kata tau encik din, kenape yer?? ada pertikaian?? hahaha
Post a Comment