24 August 2011

sketsa di chow kit

malam sudah meniti pagi,
embun mula merintikkan butir-butir halus jatuh tersebar segenap inci,
ruang dan peluang insan di kawasan itu.








orang ramai masih bertali arus,
membanjiri inci demi inci kawasan itu,
sempit, sesak dan menyesakkan seakan adunan rasmi tika itu.


jarum jam menunjukkan perubahan masa sudah menjangkau angka 3 pagi.


namun kehadiran mereka-mereka marhaen disisi peniaga,
masih belum menampakkan suasana akan reda.


baru perasan,
rupanya gerai dan khemah-khemah peniaga tidak putus sambungan,
menjangkau ke seberang jalan lain,
disambung mengikut aliran perjalanan manusia,
penuh disisi kaki lima tempat berpijak manusia melangkah datang dan pergi.


di satu susuk ruang,
terdapat sebuah meja,
terletak ditepi simpang ke arah jalan mati,
terisi diatasnya bermacam-macam jenis cucukan,
yakni makanan.


sambil berdiri seorang lelaki dewasa disisi meja,
dan selang beberapa kaki ada sebuah motor bertayar tiga,
bersandar seorang kanak-kanak lelaki,
dengan wajah penuh definisi kantuk-mengantuk.


tiba-tiba,
lelaki dewasa bingkas bangun,
sambil memekik pada budak lelaki kantuk,
"bangun!! bangun!! jaga kejap!" arah lelaki dewasa,
sambil kaki menuju seberang jalan.


budak lelaki dengan letih,
"..ngantuk la..huhu.." rintih,
lelaki dewasa berpaling pada budak lelaki,
sambil mengancam dengan jelingan mata yang kejam.

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...