Namun, Jumaat lalu mereka dibawa ke Penjara Kluang dan diminta menyerahkan semua barangan peribadi kepada pihak urus setia kursus.“Saya agak terkejut sebab pada mulanya kami diberitahu akan menjalani kursus motivasi di hotel selain diberi beberapa kemudahan lain.“Namun apabila tiba di sana, kami dilayan tak ubah seperti banduan, malah dikejutkan seawal 4.30 pagi untuk latihan kawad dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pelajar, Firdaus Mohammad, 16, memberitahu, mereka turut didera melakukan pelbagai aktiviti termasuk tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.Dakwanya, peserta juga dimarah dan dipukul sehingga ada yang menangis akibat tidak tahan.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khalid Mohamed yang menerima aduan tersebut berkata, satu memorandum ditandatangani oleh ibu bapa peserta terbabit akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh pihak urusetia kursus tidak sesuai dan sewajarnya tidak berlaku.“Saya harap pihak kementerian menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru terlibat termasuk pihak Jabatan Penjara Kluang.“Kami rasa marah dan terkejut apabila para pelajar berkenaan dihantar ke penjara umpama seorang penjenayah malah turut digari. Tindakan seumpama itu seperti tidak bertamadun dan zalim,” katanya.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Datuk Samsol Bari Jamali ketika dihubungi hari ini mengakui pihaknya sedia maklum dengan program berkenaan iaitu pelajar menjalani simulasi kehidupan di penjara.Menurutnya, sekolah berkenaan bukan yang pertama menjalani aktiviti itu, malah sebelum ini dua buah sekolah lain pernah mengikuti aktiviti sama.“Konsultan dilantik oleh pihak sekolah juga adalah yang biasa dilantik oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan mungkin modul sahaja berbeza. Bagaimanapun, pihak sekolah akan bersemuka dengan para pelajar apabila sekolah dibuka Rabu ini,” katanya.
*ibu bapa jangan cepat melatah, ada kebaikkan nya juga perkara ini. kalau dah memang pelajar yang sertai adalah dikalangan mereka yang mempunyai m,asalah disiplin, apa salahnya. kalau anak aku pun aku bagi. Biar mereka rasa seksanya hidup bertiraikan besi, supaya nanti mereka belajar beringat dan berjaga-jaga dalam hidup. Biar mereka tau, kalau buat jahat, nanti akan hidup seksa macam dipenjara. Biar dia menangis sekarang, jangan nanti kemudian hari kita menangis disebabkan dia, biar kita rasa sedih dia diperlakukan sebegitu rupa, asalkan untuk dia belajar menjadi orang yang berguna, dan jangan kemudian hari dia perlakukan kita dengan tak sepatutnya..salam ramadhan..
No comments:
Post a Comment