11 August 2011

11 Ramadhan : waktu-waktu hujung sebelum berbuka...

jam menunjukkan pukul enam petang,
tatkala ini deruan enjin kenderaan,
seolah berpusu-pusu menuju satu arah,
hilang dibalik ngauman angin petang.








tiba di satu destinasi, 
mereka seakan-akan dirasuk semangat entah apa,
terus menghurungi segenap inci perok tempat itu,
lantas berpusu-pusu mengalahkan edisi Bersih 2.0.
tangan bingkas menunjuk-nunjuk,
membelek-belek,
plastik berpindah randah dari tangan ke tangan,
beban di tangan semakin berat,
tak mungkin dipikul di pundak-kerja gila.










jam begini, para insan bernama wanita-ibu,
sedang sibuk menelaah setiap periuk belanga,
yang terisi aduan istimewa,
olahan air tangan tersendiri.












waktu ini juga,
anak-anak kecil sedang bersiap,
mensucikan diri di bilik mandi, 
berwangi-wangian menyiapkan diri,
sebelum tibanya bilal di masjid atau surau-menandakan waktu buka.












itulah ragam pada jam terakhir sebelum berbuka,
indah bukan??
masing-masing ada tujuan, 
dalam benak fikir mereka, 
tujuan itu perlu dicapai,
waimma ditimpa ujian atau musibah.


sesungguhnya yang baik itu datang daRi Tuhan, 
dan yang buruk atau kekurangan datang dari kesilapan saya sendiri sebagai hamba yang dangkal ilmu..


salam ramadhan~


PERTANDINGAN MEREKA CORAK BOTOL TIN NESCAFE, MENANGI HADIAH RM10,000, JOM SERTAI SEKARANG DISINI.



No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...