04 August 2011

PELAJAR TAHFIZ KENA LIWAT KETIKA SUAI KENAL

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swastadi Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.


gambar hiasan



Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka. Katanya, anak hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.

gambar hiasan



Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.

Katanya, beliau sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal. Pada mulanya mereka sekeluarga memang tidak menyangka anaknya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan.

Bagaimanapun, hatinya tersentak apabila doktor memberitahu, anak kena dera dan diliwat. Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau terus membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari dibenarkan berjumpa anaknya.

gambar hiasan



Tambahnya lagi, anaknya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.


*apalah nak jadi kan, baru berusia 12 tahun sudah kenal erti meliwat. Entah mana la agaknya didikan ni dia dapat, mungkin atas pengalaman peribadi gamakya. Si cikgu pun satu, tampil lah dengan usul periksa yang adil, tak kira senior atau junior. Ini lah masalh diasrama, warden terlalu percaya dengan senior sampaikan suara junior dipinggirkan membabi buta. Ini atas pengalaman chekgu waktu bersekolah asrama dulu. Isu liwat diasrama juga mainan politik sekolah. Sudah biasa dan menjadi umum berlaku. Tipu la kalau satu sekolah asrama tu tak ada isu liwat, terutama sekolah sesama jenis. 


4 comments:

Anonymous said...

memang benar kata penulis..semua sekolah umumnya pasti da yang terlibat dan menjalankan kegiatan tersebut..p yang menyedihkan kita semua pelaku terbabit hanya lah budak yang baru nak melangkah ke alam remaja dan dewasa..tunggak masa depan negara..lau dah macam nie gaya nya pasti payah negara mau maju..

hakir said...

itulah, nak salahkan, tak tahu mana pihak yang salah. Rasanya semua terlibat sama bersalah. Moga ada anak-anak muda perwaris yang masih lagi mampu membina negara nanti dengan baik..amin..

Anonymous said...

ini masalah perlu ditangani bersama.. pengaruh video pornografi yg berleluasa mudah diperolehi. cukup sekadar membeli sebuah telefon bimbit. ada kalanya tak payah diminta kepada penjual sudah terisi.meracun minda anak-anak melayu. tak kira pelajar agama atau tidak bila nafsu menguasai diri sifat kemanusiaan boleh berubah kepada kehaiwanan

hakir said...

betol, dunia dihujung jari semakin hari semakin menggigit agama, mencantas budaya dan akhlak kita, menjadi racun dalam kesenangan , mencadi barah dalam kealpaan.