kali ni nak kongsi tentang satu artikel,
dapat dari laman sesawang www.infosihat.gov,
tentang satu soal jawab pakej diet ramadhan.
ini bingkisannya..
- Apakah pakej diet Ramadan 3 ke 2?
- Apakah sihat, sederhana dan seimbang?
- Apakah yang perlu kita lakukan dalam mencapai target pakej ini?
- | suatu pendekatan baru untuk menarik minat orang ramai tentang istimewanya Ramadan terutamanya dalam pengurusan diet sihat. |
- | 3 ke 2 merupakan singkatan bagi waktu makan kita. Pada hari biasa,umumnya kita akan makan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Apabila masuk bulan Ramadan, secara automatik waktu makan kita berubah menjadi 2 iaitu sahur dan buka. Jadi, bulan Ramadan ini merupakan bulan yang baik dalam menguruskan diet dan mendisiplinkan diri. Selain itu, Rasulullah bersabda : “berpuasalah supaya kamu sihat” |
- | sihat adalah dengan memilih makanan yang sihat |
- | sederhana pula adalah dari segi kuantiti di mana makanan yang diambil sepanjang Ramadan ini perlulah secara sederhana dan jangan membazir. Islam juga turut menggariskan kesederhanaan sepanjang kita melakukan ibadah puasa. |
- | seimbang merupakan makanan yang kita ambil perlulah dari semua kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin,buah-buahan & sayur-sayuran, daging dan hasil tenusu serta sedikit dari kumpulan minyak, gula dan garam. Pendek kata semua makanan yang terdapat dalam piramid makanan. |
Kombinasi kesemua ini akan menjadikan puasa kita lebih sempurna di mana kita akan bertenaga untuk melakukan kerja harian walaupun kita sedang berpuasa.
- | Pertama, kita perlu mengambil sahur. Rasulullah bersabda : “bersahurlah kamu kerana di dalam sahur terdapat keberkatan”.Pastikan sahur yang ringan dan sihat. Kalau sukar untuk bersahur, boleh la mengambil segelas susu & 2 keping roti berserat. Boleh juga mengambil bubur dan jangan lupa air kosong/ air masak. Melewatkan waktu sahur yang disunnahkan Rasulullah. | ||||||||||||||
- | Kedua pula adalah berbuka iaitu,
|
- Dalam mencapai target ini, kita perlu bijak dalam memilih makanan. Sesetengah orang mengatakan bulan puasa ini bulan makan. Memang tidak dinafikan semasa bulan puasa pelbagai juadah makanan yang tiada pada hari biasa, ada dijual di bazar Ramadan. Jadi, kita perlu bersikap sederhana di samping bijak dalam memilih juadah.
- Bagi mereka yang mempunyai penyakit pula seperti:
a. Diabetes : - pastikan memantau aras gula dalam darah
- kurangkan pengambilan minuman & kuih-muih manis serta makanan yang berkalori tinggi.
- lebihkan serat dalam diet untuk mengurangkan gula dalam darah.
b. Kolesterol tinggi dalam darah : - kurangkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi.
- pastikan kulit ayam dibuang dahulu sebelum memasak.
- kurangkan pengambilan makanan bergoreng.
- lebihkan serat dalam diet untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.
c. Tekanan darah tinggi : - kurangkan penggunaan MSG, garam
- sekiranya ingin menambah perisa, gunakan perencah asli seperti herba.
*sama-sama kita menjaga kesihatan dibulan ramadhan ini. Semoga dengan kedatangannya bukan sekadar membawa barokah buat amal iman dan akidah, tetapi juga buat kesihatan badan kita. Usah jadikan bulan puasa sekadar masa untuk melangsingkan badan semata-mata, kerana hendak menghadapi hari raya, tetapi jadkan ia sebagai medan menimba ilmu dan juga menjaga pemakanan seharian kita darip[ada dikuasai nafsu. Jadikan kurma sebagai makanan terbaik dibulan ramadhan, kerna itu sunnah Baginda Rasullullah saw..
salam ramadhan..
1 comment:
saya setuju.. bulan puasa bukan medan untuk melangsingkan badan semata-mata, tetapi jadkan ia sebagai medan menimba ilmu dan juga menjaga pemakanan seharian kita darip[ada dikuasai nafsu.
thanx atas perkongsian ini..
Post a Comment