04 August 2011

4 Ramadhan : Berjemaah bersama Tuanku, budak cabut janggut

Alhamdulillah,
dengan rahmat yang maha Esa,
sampai juga aku dan kalian semua menemukan ramadhan ke 4 tahun ini,
syukur.

Malam ini berterawih disamping kehadiran rombongan diraja,
Yang dipertuan Besar negeri Sembilan,
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta keluarga.



sempat juga aku bersalaman dengan baginda,
orangnya mudah dan baik hati,
langsung nampak mesra rakyat.

Sempat juga belek-belek protokol diraja,
macam mana menguruskan majlis diraja,
tadi aku tengok agak rumit,
dengan segala macam kuning,
tapi tuanku langsung tak berapa ikut protokol,
menunjukkan baginda tak kisah dengan susunan protokol,
itu yang aku suka.





lain cerita,
waktu menadah doa,
pada akhir hujung solat,
ada seorang budak seusia aku,
aku tengok dia ralit mencabut janggutnya,
yang mungkin baru nak menunjukkan tunas,
gigih wajah dia cuma mencabut janggutnya, 
hehehe dalam diam aku tergelak sendirian.

pesan aku, 
jangan cabut sebarang bulu waktu dikhalayak ramai!!

No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...