03 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Sedikit statistik daripada sumber yang terkini ;

1)  Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di sekolah-sekolah seluruh negara yang diumumkan hari ini, menunjukkan penurunan namun ia masih mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) yang ditetapkan pada 5.08.

2)  2.62 peratus atau 11,289 calon mendapat gred A+, A dan A-, berkurangan berbanding 13,970 yang memperoleh keputusan sama pada tahun 2013.

3) Prestasi bagi mata pelajaran teras yang lain iaitu Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Moral; Sejarah; Matematik dan Sains, menurun.

4) Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datin Nawal Salleh, berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

5) Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri, Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

6) Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan, Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

7) Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

8) Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

9) Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin, berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

10) Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

11) Berdasarkan GPS / GPM (Gred Purata Sekolah / Gred Purata Maktab) , MRSM Taiping berada ranking pertama sekolah Malaysia untuk SPM 2014 dengan GPM 1.0681, MRSM Pengkalan Chepa 1.0733 , MRSM Tun Ghafar Baba 1.1100, diikuti SM Sains Tuanku Munawir (SASER) 1.1568 dan MRSM Langkawi 1.3606. Ranking seterusnya boleh rujuk gambar dibawah.





TAHNIAH SEMUA !!

No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...