29 May 2010

hakikat muslim..

niat di hati ingin melakar tentang saudara yang jauh di mata. berat rasa hati tatkala membaca dan mendengar khabar berita tentang saudara jauh. kita sebagai saudara juga merasa hingga ke sukma, namun apalah daya kita, sekadar menitip doa buat saudara jauh.
sedih apabila membaca tentang seorang saudara jauh terletak di Jerman, hak sebagai seorang muslim dinafikan. hak untuk menunaikan kewajipan terhadap yang Esa di nafikan. beliau dilarang untuk mendirikan solat di sekolah.Apalah nasib saudara kita ini, terpaksa mempertahankan hak di mahkamah tetapi apalah daya kudrat saudara jauh yang hanya berumur 16 tahun,pulak lagi minoriti, siapalah yang akan membantu. Hak beliau langsung ditolak oleh mahkamah Rayuan Berlin, atas rasioanal "keamanan di sekolah lebih penting berbanding hak pelajar untuk melakukan kewajipan agama". Cetek fikiran atau bengap otak si Arif. mengenepikan rasional kerohanian demi kepentingan individu. terang bersuluh bersaksikan mentari bahawa rasis agama sudah menular dalam kalangan masyarakat antarabangsa.rasis mereka terlalu memfokuskan islam. manusia kini sudah memperolok olokkan agama sebagai panduan hidup. Malah sudah dianggap kuno jika mengamalkan ikutan murni. Dangkalnya otak untuk berfikir.Kalau kita susuri lembah tempatan apa kurang hebatnya. cukup bertuah jika ada anak muda yang mampu baca Al-Fatihah. jangan lah mengharap yasin atau Baqarah, entah kenal atau tidak. saudara jauh itu lagi menghargai agama dari kita yang lahir sebagai seorang muslim. inilah hakikat sebagai seorang muslim. cukup kuat ujiannya. Namun itu adalah satu kenikmatan buat kita. memang kita tidak sedari, tapi percayalah, ada saat dan ketika kita akan menyedarinya.tidak waktu nafas di hidung, mungkin tika jasad di mamah bumi...

No comments: