20 February 2012

berilah saya masa

Mungkin aku mulai leka dengan masa. Sebabnya, aku mula mengeluh tidak dan tiada masa untuk menulis dalam lembaran laman blog ni. Ya, aku akui, sangat banyak masa Tuhan kurniakan kepada ku, sebanyak 24 jam jumlah hakiki buat setiap insan dan mahkluk ciptaanNya. Adil dan saksama. Tiada beza antara satu sama lain. Cuma yang membezakan, bagaimana dan macam mana masa itu diuruskan dan digunakan. Sama ada dengan baik, ataupun dengan kerugian. 




Mula bercuti semester lalu, keinginan untuk menulis sudah lama aku pendamkan. Bukan disebabkan sudah tidak berminat, cuma kekangan masa sehingga tak mampu mencoretkan sesuatu pada lembaran blog ini. Sedih bukan. Memang banyak cerita nak dikongsi bersama, namun apakan daya, aku cuma insan biasa, tak mampu menolak takdir dan ketentuan yang sudah ditetapkan. 




Dengan bermula semester baru ini, aku membawa semangat baru, dalam bidang penulisan. Ingin terus mencorak laman jiwa saya ini dengan lakaran madah yang mampu membuat anda berfikir, tersenyum malah beremosi dengannya. Doakan semangat dan impian ini akan terlaksana dengan sempurna. Semuanya di tangan Tuhan. Dia yang menentukan segala-galanya. Aku hanya mampu menadah tangan menyerahkan segala-galanya kepada Illahi.

Aku juga berharap, agar dengan kedatangan semester baru ini, mampu membuatkan aku lebih matang dalam memimpin diri ini dan orang lain, terutamanya dalam membuat keputusan. insyaallah !!

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...