29 February 2012

setiap manusia ada tabiat-pelik


Mungkin mudah untuk melakukan sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi bila perkara itu adalah satu kegemaran buat kita. Setiap langkah, setiap tindakan dilakukan dengan penuh ketelitian, demi melakukan perkara itu. Seboleh bolehnya mahu disempurnakan dengan sebaik mungkin. Demi kepuasan diri dan mata yang memandangnya. 

Setiap manusia itu ada sifatnya yang tersendiri, ada perbuatan yang menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian. Ada perkara yang dilakukan menjadi amalan seharian. Mudah kata, menjadi tabiat. Tabiat bermakna perbuatan yang selalu dilakukan. Malahan ada yang memiliki tabiat yang pelik. Manusia kan banyak yang pelik, maka tidak kisah la kan.

Aku juga ada tabiat. Munkin tidak berapa pelik. Mungkin juga janggal diketahui. Aku memang suka beli baju. Tak kira tshirt atau kemeja. Bila cantik dan sedap pandangan mata pada corak dan reka bentuk baju tu, maka mudah tangan menghulur not ringgit membayar harga, tanda jual beli berlaku. Itulah aku.

banyak pilihan warna, geram!!


Namun, sesudah beli, baju tu jarang akan aku gunakan. Sampaikan ada baju yang dah lama aku beli, langsung aku tak pakai. Aku jarang pakai baju yang baru. Tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan lebih selesa pakai baju biasa, tanda merendah diri dan berprofil rendah, (masuk bakul, angkat sendiri, hahaha)

kegemaran!!


Aku lebih selesa dan suka beli baju daripada memakainya. Inilah aku. Mungkin satu pembaziran, entah lah. Ada hikmah mungkin nanti. Sampai masa aku tak ada duit nak beli baju, aku pakai lah baju yang lama aku beli dan tak pernah pakai, jadi aku senantiasa ada baju baru. hehe

No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...