25 February 2012

Pecahkan Tembok Itu !!



Dalam kita ralit mengejar mimpi, kadang kala kita tak perasan, yang sebenarnya kita sendiri lah yang menjadi musabab kepada kegagalan kita. Sukar untuk percaya bukan. Jangan takut untuk percaya, itu norma dalam perjuangan yang belum selesai.



Setiap langkah yang kita tapakkan, menjadi penanda aras, dimanakah letaknya usaha yang kita lakukan. Sejauhmana usaha dan kegigihan kita sudah laksanakan. Sebab itu Tuhan suruh kita berusaha, berusaha untuk mengejar kejayaan dan berusaha untuk mengubah dan memperbaiki diri sendiri.

Lantaran itu, usaha yang bermakna, sertakan dengan niat kerana Allah SWT. Itu sebaik-baik usaha untuk diri seorang hamba. Berserahlah padanya serendah-rendah darjat kita padaNya, sehina-hina makhluk padaNya.



Setiap tingkah semasa menuju kejayaan, isikan dengan keazaman, dan kepercayaan pada diri. Isikan dengan sepenuhnya, jangan biarkan kelompangan ikut serta mewarnai perjuangan mu. Kuatkan hati dan semangat mu untuk Berjaya. Jangan pernah cuba membina tembok penghalang kepada kejayaan. Manis sebuah kejayaan itu sudah Tuhan hidangkan buat kita, Cuma diri ini sahaja yang membina tembok menghalang kita menikmatinya.

Pecahkan tembok itu !! Musnahkan ia sampai menjadi debu yang berterbangan ditiup pawana sepi. Bagaimana?? Mudah sahaja, gunakan kekebalan dan kekuatan minda anda. Usah anda hasilkan persepsi yang anda tidak mampu. Jangan pernah ungkap rangkap, aku tak boleh, jangan cuba bermadah, aku tak mampu. Sesungguhnya itulah tembok keluli yang menghalang anda untuk menikmati kejayaan janji Tuhan.

Keajabiban mudah sahaja berlaku. Itu kerja Tuhan. Persepsi positif mudah sahaja menjadi lafaz hikmat yang penuh magis. Merealisasikan sesuatu hasil usaha yang dikerjakan. Buangkan persepsi negatif. Itu racun paling berbisa untuk memusnahkan kejayaan anda.

Yakin dan percaya dengan diri sendiri itu senjata hikmat yang Tuhan kurniakan buat akal manusia dalam membantu setiap orang insan yang berusaha. Inilah senjata paling ampun Tuhan kurniakan. Gunakan sebaik mungkin. Sering saja senjata itu disalah gunakan. Jadikan kali ini sebagai ruang dan peluang untuk anda manfaatkan keyakinan anda dan kepercayaan anda terhadap diri sendiri. 
Ubah dan percaya, nescaya anda mampu berjaya !!




p/s : SELAMAT MAJU JAYA BUAT KELUARGA KDBM KU YANG BERAKSI DALAM DEBAT PERDANA INTEGRITI 2012 !!

No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...