21 February 2012

menjadi ketua darjah


Pasti ramai yang ingat kenangan lalu berkenaan dengan ketua darjah. Pastinya kenangan waktu sekolah rendah mahupun menengah dulu. Ingat lagi, saat awal mula sesi persekolahan, mesti sahaja guru kelas akan mengadakan pemilihan untuk memilih ketua kelas ataupun ketua darjah. Bila ditanya siapa yang mahu secara sukarela, pasti wajah mula disorokkan ke bawah meja. Kepala tunduk seolah-olah menjadi pesalah juvana. Saat itu berdoa seperti sedang menunggu malaikat maut memanggil nama. Bila nama orang lain yang disebut, terasa ringan dan hilang beban diwajah dan badan. Kepala terus mendongak ke hadapan sambil menjerit.."SETUJU!!!!!!"

Sesungguhnya kenangan itu sangat bermakna. Demokrasi yang disemaikan pada peringkat sekolah. Walaupun nampak ringan, namun itulah medium untuk memperkenalkan asas demokrasi kepada pelajar sekolah. Ada kenangan sewaktu aku bersekolah dulu. Tingkatan tiga. Apabila aku dipilih oleh Cikgu Noriah Nayan, cikgu yang mengajar subjek sejarah, untuk menjadi ketua kelas.

 Pada mulanya aku sangat keras membantah dan menolak, disebabkan aku sudah menyandang jawatan pengawas. Jadi tak molek la kalau aku pegang dua jawatan bersandarkan kepimpinan dalam satu masa. Tidak adil bagi yang lain kan. Hasil pujuk dan kepercayaan cikgu dan rakan-rakan sekelas, maka aku bersetuju untuk memegang jawatan tu. Hasilnya kelas kami diangkat menjadi kelas terbersih sepanjang tahun. Inilah kesan bila sama-sama berkerjasama menjalankan tugas.




Ingat lagi, waktu perhimpunan hari Isnin, akan ada pengumuman kelas terbersih sepanjang minggu. Setiap kali kelas kami menang, aku akan pastikan penolong ketua kelas yang pergi naik pentas terima sijil. Sebabnya, aku malu nak naik pentas ats kapasiti sebagai pengawas sekolah dan ketua kelas. Takut dilabel gila kuasa!!

Bila sudah masuk universiti ni, ingatkan sentimen tentang itu sudah berakhir, rupanya masih ada. Selepas aku masuk semester empat ni, sudah beberapa kali dipilih menjadi ketua kelas ataupun ketua kuliah. Peranannya lebih kurang sama seperti disekolah, cuma lebih ringan la. Tak perlu mengangkat bag cikgu, tak perlu buku kehadiran ke pejabat dan lain-lain.



Ada kalangan mereka yang memilih jalan selamat, supaya tidak dipilih oleh pensyarah, dengan mencadangkan nama orang lain sebagai ketua. Bijak kan mereka?? haha Hasilnya, aku la yang menjadi ketua. huhuhu

Tetapi tak mengapa, selagi kepercyaaan diberikan, dan Tuhan memberi peluang untuk aku menggalas amanah, apa salahnya mendidik diri ini supaya mudah menerima dan melaksana amanah. Mungkin saja ada keperluan dilain masa nanti. Ada hikmah semua itu. Insyaallah..