03 July 2010

aku anak FELDA..

Logo of Federal Land Development Authority (FE...Image via Wikipedia
mungkin ini takdir,
bila kita senang akan ada yang iri hati..
ini lumrah hidup sebagai manusia.

Bila terbaca tentang artikel mengenai yang kononnya FELDA bankrap, terasa dalam hati ini satu hirisan pedih. Siapalah gerangan manusia yang berhati entah sifatnya.
Jika benar Felda bankrap, apalah daya abah mampu mengait sawit bernilai ribuan ringgit setiap bulan, elaun sara hidup ratusan ringgit setiap bulan, bonus melimpah ruah bila tiba hari raya, bantuan yang membanjiri kehidupan??

entah la, bila manusia berhati busuk, sanggup memfitnah angkara kepentingan diri.
Apa sebenarnya kemahuan hati?

Cubalah rasa hidup di atas tanah bernama Felda.. rasalah, nikmatilah rezeki usaha titik peluh menabur budi pada tanah, hingga mekar tumbuh saujana sawit yang subur. ditemani lembah pohonan getah yang permai..Mungkin bagi 'mereka' itu kolot.. Tapi bagi anak generasi felda, itulah taman permainan kami, tempat kami menimba ilmu hidup.. tempat ibu bapa kami mencari nafkah rezki kurniaan Illahi.


mungkin mereka tersalah faham,mungkin juga tersalah ertikan hakikat ekonomi felda..
Cuba kita soroti kedudukan ekonomi felda,kedudukan tunai mereka merosot berjumlah RM2.73 bilion. Jika dilihat secara kasar atau melihat sembrono, memang akan lihat kejatuhan ekonomi. Tetapi hakikatnya, jika diteliti, Felda membelanjakan sebanyak RM2.41 bilion untuk pembangunan sosial peneroka dan generasinya. Lihat, adakah agenssi sebegini yang cukup mementingkan ahlinya? tepuk dada tanyalah diri..
kemudia Felda juga membelanjakan sebanyak RM 2 billion untuk program tanaman semula dan juga untuk bayaran pendahuluan.. Lihat, bertapa bertuahnya hidup bersandarkan Felda.. kemudian kita lihat pula aset felda terkumpul. Pada tahun 2004 dicatatkan sebanyak RM9.17 bilion dan meningkat kepada RM15.37 bilion pada 2009. jumlahnya kira-kira RM6.2 billion!! satu pencapaian yang amat membanggakan! walaupun aliran tunainya merosot, tetapi peningkatan dari aspek asetnya meningkat dan bertambah. Maka tidak tercetus isu bankrap disini.Pemikiran yang jumud semestinya menutup segala ruang kebijaksaan untuk memikirkan baik buruk sesuatu perkara..
seharusnya Felda dijadikan satu teladan buat semua, agar menjadi satu institussi kegemilangan negara satu hari nanti.. Hakir akan terus menyokong Felda, kerna..hakir anak FELDA!!!
Enhanced by Zemanta

No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...