27 July 2010

keTAKSUBan yang baru bermula..

taksub.. apa taksub??

kali ini aku nak ceritakan kisah yang melanda kawasan 'kejiranan' aku..
siapa terasa sory naik lori la ye, hehehe
dua hari lepas, student-student freshie UPSI mula dapat password untuk akses internet, atau dah boleh online dengan UPSI_JARING. bila semua nie bermula, kawasan 'kejiranan' aku seolah-olah semua orang sibuk menyiapkan kerja, masing-masing menelaah laptop macam nak makan je laptop tu. tapi realiti, facebook 'tugasan' yang terpaksa disiapkan walaupun terpaksa tidur sampai pukul 3 pagi!! dahsyat!!

Inilah penangan wifi kan, semua sibuk dah sekarang nie, tapi bila lecterer tanya soalan masa kuliah blur pulak! jawapan dah ada dah dalam kepala, tapi terbelit dengan tugasan di farmville, aduh.. buah-buah belum tuai lagi, sayur-sayur dah ranum, haiwan ternakan da tak terjaga, rindu pulak dekat lembu,kambing, kucing, dan b@&%.. tu baru dekat farmville, kat mafia war lagi belum sentuh lagi, ada team ajak gaduh belum lawan lagi, duit simpanan dah nak habis, aduh.. banyak nye masalah..

tu baru dekat facebook, twitter lagi belum cerita. 'kawan-kawan' belum tegur lagi(entah kenal ke tidak) tak respond lagi kat update si budak tu, status sendiri pon tak update lagi. gambar semalam masa makan nasi tak upload lagi, video masa ternampak kucing melintas jalan sambil pimpin anak pon tak upload lagi..aduh.. banyak lagi tak buat ni.

lain-lain..lagu-lagu baru tak download lagi, movie baru yang tak sempat tengok wayang(ptptn tak masuk lagi) tak download lagi, ish! ini tak boleh jadi nie, hari nie kena siapkan juga, tak kira la tak tidur pon tak apa, asalkan semua benda nie siap! complete!

tapi kan..tutorial discrete ada sentuh tak? discussion olahraga pergi tak semalam? meeting kelab petang tadi ada tak pergi? emm yang lecterer ajar semalam dah buat revision ke belum?? assignment dah siap ke belum?? dateline esok! emm macam mana nie?? emm xpela, buat sikit-sikit,esok lusa ada lagi..

inilah kisah kita kan..(aku tak la) bila dah kemaruk dengan intenet, semua kerja manual dah tak pandang..tak apalah..

buat yang mengalami simtop-simtop keTAKSUBan, baik lah anda berjumpa dengan dr jiwa ya, dr asmara pon boleh jugak..
selamat berTAKSUB!!!

1 comment:

Anonymous said...

hehehe...i like...
ini lah senario mahasiswa/mahasiswi, bukan aje di upsi bahkan di serata ipt...

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...