04 August 2010

gelanggang lidah..

bila kita bersuara kadang kala kita tak sedar apa yang kita cakap beri kesan dekat orang yang dengar.
orang cakap, cakap ni senang, tapi bila kita sendiri yang rasa bercakap dekat depan orang ramai, baru la kita tau, betapa susahnya nak bercakap...

minggu lepas aku ada sertai pertandingan debat piala naib cancelor upsi, pertandingan antara kolej-kolej kediaman di upsi. dekat upsi ni cuma ada 4 sahaja kolej kediaman, kolej aminudin baki, kolej zaba, kolej ungku omar, dan kolej harun aminurrashid.
tahun ni merupakan edisi ketujuh penganjuran pertandingan ni, dan ini merupakan pertandingan aku yang pertama selepas aku tinggalkan sejak di plkn lagi, so banyak yang aku perlu belajar. setiap kolej hantar 3 pasukan, dan aku pulak mewakili kolej aminuddin baki, dalam kumpulan KAB 2.
team aku aku sorang je lelaki, yang lain semua perempuan. pasukan debat KAB diajar dan dididik senior kami, abang zam.
mula-mula aku dalam dilema, sebab masa hari perlawanan aku dah janji dengan kakak aku nak turun kl. emm lepas fikir-fikir balik, aku join la.. lagipun dah lama takl mencurahkan buah fikiran dan menghambur orang,hehehe
lepas aku setuju nak masuk pertandingan, kita orang berlatih la setiap malam mula pukul 10.30 sampai pukul 2.15 pagi, amazing kan!! inilah pengorbanan kami..
banyak benda baru aku belajar dari abang zam dengan abang sharil, teknik-teknik membidas, mematahkan hujah pihak lawan, mengawal keadaaan, dan macam-macam lagi, seronok sangat tau pasal hal-hal @ ilmu-ilmu debat ni..
sebelum bertanding, kami dah diingatkan supaya tidak meletakkan harapan, kerana ada sebab-sebab tertentu yang akan "terjadi" nanti..aku macam blur masa tu, tapi akhirnya aku faham..

tibalah masa pertandingan..mula-mula kumpulan aku lawan dengan 3 kuntum  bunga dari KHAR, dengan tajuk sistem pendidikan negara mampu menyemai semangat perpaduan. team aku sebagai pembangkang..keputusannya? kumpulan kami menang, dan aku sebagai pendebat terbaik. kemudian kami teruskan perlawanan hinggalah ke saringan yang ke empat.. keputusannya, kami menang 3 perlawanan dari empat perlawanan, dan kumpulan aku dapat ranking ke 2 dalam keseluruhan kumpulan yang bertanding, bangga tu!!
akhirnya kami dapat masuk ke suku akhir, lawan 3 kuntum bunga dengan tajuk"APECmemartabatkan ekonomi anggota" sekali lagi kami memilih pembangkang, sebab kami tak berapa pandai nak buat konsep yang kukuh. perlawanan sungguh sengit, hinggakan pihak kerajaan tersalah sebut yang amerika kat eropah!
habis aku bantai die,haha aku cakap budak sekolah rendah pun tau amerika kat mana,
tapi nasib tak menyebelahi kami, kami tewas dengan juri 2-1, margin 2.++, sangat tipis!!
tapi apalah daya, takdirkan.. terima sajalah..
masa final, tiada pasukan dari KAB, tapi kami tetap bangga, sebab dari sepuluh pendebat terbaik liga, 5 orang dari KAB. kami mendominasi pendebat terbaik!! berkualiti la katakan..tak mengapa, sebab kami memang tak meletakkan harapan untuk edisi kali ni, tetapi awas, akan kebangkitan kami untuk edisa hadapan!!! kami akan rampas balik piala tu!!!

1 comment:

Anonymous said...

yeahhh...rampas balik piala tuuu....