02 July 2010

pentas dongeng

inilah habuk khazanah kita,
terhasil dari ukiran bijaksana..

kita ini apa??
boneka bersusun kaki menghayun langkah sumbang,
memapah kaki langkah laksana patah tidak berganti..

hendak berjalan rasa payah,
tidak melangkah binasa badan..

pentas dongeng akan terbuka,
memapar sumbang pelakon utama,
seakan runtuh dialog skripnya..

ntah mengapa,
nasib sebuah bangsa,
kala malam mengerbangkan tirainya,
kita terleka,
lena..

buah bicara seakan atom melontar,
idea seakan jurus pahlawan lagenda,
butir kata seperti melodi irama yang membunuh,
melankolik kah??

biar tangan berjabat mesra,
nanti akan terukir mesra,
senyuman yang paling mesra..

No comments:

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...