08 July 2011

peluk dan cium!!

pagi tadi aku naik bas, dari stesen bas Jengka ke stesen bas temerloh. Selepas penat bekerja sebagai urusetia, maka berakhir sudah tugas.
Waktu aku di stesen bas temerloh, 
aku dah naik bas dah masa tu,
dah berebut ambil 'seat',
dan selesakan diri.





Bas masih tak bergerak,
dalam hati aku dah panas dah,
dalam tiket janji gerak pukul 10.15 pagi,
tapi jarum jam tangan aku dah tunjuk angka 10.30 pagi.

Tiba-tiba datang satu keluarga,
mak, abang, kakak dan anak buah,
termasuk aktor utama entry ni,
seorang budak lelaki dalam lingkungan sebaya aku,

tak ada apa yang menarik pada mulanya,
lepas tunjukkan tiket,
lelaki tu terus salam mak dia,
dan cium pipi dan dahi mak dia berkali-kali,
aku mula tertarik.




Mak dia pulak balas cium,
pun berkali-kali kat pipi dan dahi.

lepas tu dia bersalaman dengan yang lain,
selesai salam,
dia datang balik kat mak dia,
dan salam dan cium balik mak dia berkali-kali!!

seronok aku tengok adegan tu,
kasih sayang seorang anak dan ibu.

Masa dia mula melangkah naik anak tangga bas,
mak dia riuh pesan macam-macam pesanan,
yang paling aku ingat dan tertarik,
"hati-hati bila melintas jalan nanti!!"
dengan nada jerit.


2 comments:

AmyZana said...

alamak.....touching sungguh... =_=

hakir said...

yupe, sangat tacing, lagi-lagi bile tengok muka budak tu sedih tinggalkan mak dia..sob3...