28 November 2011

harimau muda memalukan negara??

Tadi aku sempat selak lembaran maya pada sebuah blog, entah apa namanya. Tertarik dengan isu yang dikupas, dengan kenyataan oleh sebuah akhbar picisan ataupun dalam bahasa mudahnya akhbar nyamuk, walaupun dinamakan dengan nama profesional iaitu kompak. 

apa yang dikupas? Tentang tajuk dalam salah satu artikel akhbar tersebut. "HARIMAU MUDA MALUKAN NEGARA TEWAS 2-3  KEPADA BAHRAIN".

bukan akhbar sebenar


Apa yang boleh aku katakan, mungkin si pengarang dalam keadaan emosi tak stabil, sehingga dia tertuliskan perasaannya pada lembaran akhbar tersebut. Bagi aku, kalah dalam permainan adalah satu bentuk takdir, ataupun rezeki. Bukan satu tindakan menconteng arang. Si pengarang perlu pandai beza penggunaan ayat. Anda dah berpengalaman dalam bidang bahasa. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak tulis dalam akhbar, akhbar anda diboikot. 

Seharusnya pemain muda negara ni bukan dicemuh, tetapi perlu diberikan semangat, bukan pujian. Cuba suruh si pengarang tu main bola, agak-agaknya dia berlari tak dalam padang tu?? 

Pengajarannya, usah menilai seseorang dengan emosi, tetapi dengan akal dan perasaan, sebab manusia Tuhan kurniakan kedua-dua ini untuk dia memahami sifat toleransi. Sekian. Majulah sukan untuk masyarakat sihat!!

3 comments:

Ce'gu JAERA said...

iya betul.. orang senang ja cakap... main bola bukan semudah yang di sangka kan....

hakir said...

Malaysia ni ramai pengkritik bola berbanding yang reti main bola,

nadzirah blogspot said...

Salam cikgu,saya pernah main bola sepak perempuan,penat berlari satu padang...rasanya mcm tu kut org main bola sepak....