26 November 2011

Program Persada Bersama Pemimpin


Alhamdulillah, semalam sempat aku hadir kan diri ke Program Persada Bersama Pemimpin 2011 yang dianjurkan oleh Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri, di Danau Golf Resort UKM. Pada mulanya aku dah rancang nak balik rumah, negeri sembilan. Namun dengan permintaan disaat-saat akhir, maka aku terpaksa batalkan balik rumah, dan terus ke UKM untuk program ni.




Alhamdulillah, banyak input-input yang boleh aku dan sahabat-sahabat PERSADA dari universiti lain dapat ambil, terutamanya dalam aspek menguruskan masa depan masing-masing. Aku paling terkesan, bila Datuk Ehsan, Pengarah Seranta Felda kata, "jangan salahkan sistem yang ada".



Apa maknanya? Hari ini kita terlalu menunding jari apabila kita berhadapan dengan masalah. Langsung kita 'mensucikan' diri kita dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Contohnya, "salah kau la, sape suruh kau tak bagi tau aku yang ada asignment ni" "semalam aku kena pergi UKM la, sebab tu tak dapat datang rumah kau" ini alasan-alasan yang selalu kita dengar.




Semua ni sebenarnya dalam aspek psikologi adalah helah bela diri. Seseorang akan cuba memberi helah, supaya kesalahan yang sebenarnya dia adalah puncanya, disandarkan kepada orang lain. Hakikat manusia memang macam ni, selalu menyalahkan orang lain. 



Sepatutnya, kita perlu akui kesilapan kita, tak kira salah kecil atau besar. Itu menunjukkan betapa kita bertanggungjawab dan amanah dengan apa yang telah kita lakukan. Jangan seperti lempar batu sembunyi tangan. Langsung tak berguna dalam masyarakat. Pernah dengar ayat ini, "berkatalah benar walaupun pahit"



Sebelum kita menunding jari yakni menyalahkan orang lain, nilai dulu perbuatan kita, adakah kita benar-benar tidak bersalah, atau kita sebagai mangsa keadaan. Menyalahkan orang lain hanya akan membina tembok penghalang kepada jalan penyelesaian. Cuba untuk akui kesilapan, dan fikir akan jalan penyelesaian. Moga hasil tersirat, akan diterjemahkan dengan perbuatan yang berasaskan kejujuran. Salam Maal Hijrah~



1 comment:

Nabihah Zulkifli said...

auwh~ biha suka post ni :) my bro hawtzz gila. #tetibe teruskan penulisan mcm ni okay.