15 November 2011

Upah RM1 jilat kemaluan


Pembulian oleh remaja berusia 15 tahun ke atas budak berusia 6 tahun itu turut dirakam menerusi telefon bimbit

MIRI: Upah RM1 dan main basikal, itu habuan diterima seorang budak lelaki untuk khidmat memegang dan menjilat kemaluan seorang remaja berusia 15 tahun baru-baru ini.

Menurut seorang ibu, kejadian yang turut dirakam menggunakan telefon bimbit itu berlaku pada 7 November lalu di padang permainan sebuah kawasan perumahan di sini.

Terdahulu, dalam laporan polis yang dikemukakan ibu mangsa, anaknya yang berusia enam tahun telah didatangi remaja itu bersama rakannya yang berusia lapan tahun sebelum disuruh melakukan perbuatan keji itu dan dibayar RM1 serta dibenarkan bermain basikal.

gambar hiasan


Mungkin disebabkan usianya yang terlalu muda dan tidak dapat menilai perbuatannya, mangsa dikatakan menerima tawaran itu dan mengambil upah yang ditawarkan oleh remaja berkenaan.

Lebih mengaibkan, aksi tersebut turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

Bagaimanapun, rahsia tersebut diketahui ibu mangsa setelah diceritakan oleh abang mangsa yang berusia sembilan tahun.

Rahsia itu pula terbongkar secara tidak sengaja ketika dua beradik tersebut bertengkar apabila si abang dikatakan mengugut untuk membocorkan rahsia adiknya itu kepada ibunya.

Menurut ibu mangsa, perbuatan si adik telah dilihat oleh abangnya yang kemudian membocorkan rahsia tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaluddin Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan polis daripada ibu mangsa pada 9 November lalu.

“Kami telah menahan suspek pada hari laporan itu diterima.

“Dia (suspek) kini ditahan di bawah Seksyen 377 E Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau sebatan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Jamaluddin berkata, suspek telah dibebaskan kelmarin dengan ikat jamin polis. Siasatan lanjut akan terus dilakukan berhubung kes berkenaan.



*kanak-kanak pun dah pandai kan. Inilah bahana dunia dihujung jari. Nak salah kan mereka pon bukan jalan penyelesaian. Habis siapa nak disalahkan??

4 comments:

Anonymous said...

aduhhhh....blog aku dah xlehh bukoooo..lupo passwoodddddd plokkkkk

Anonymous said...

tu laaa...bahana dunia skrg bahaya...budak2 pom dah pandaiiiii.....sbb terlalu byk minum susu kottttttttt.....otak2 mudah berhubung....hehhee

Iman Lurv Islam said...

harap tindakan lebih keras dikenakan....

Anonymous said...

dunia tnpa sempadan, inilah akibatnya....Gnerasi masa depan mudah diracuni mindanya n nmpaknya mreka sda mulai beralih ke lembah hina. tanggungjawab siapa utk memastikan mereka x jtuh ke alm maksiat??Itulah persoalan yang sering diutarakan tp x perna mendapat perhatian spenuhnya....huhu,
*komen ini adlh sekadar persepsi sy shja.X berniat untk menjengkelkan mna2 pihak.
Yang Sentiasa Benar,
~Miss Cozzolino~