30 November 2011

memorabilia sekolah


Dua tiga hari ini, aku terlihat beberapa entry blog berkenaan dengan sekolah. Mereka rindu dengan sekolah. Ya, aku akui, sememangnya aku pon rindu dengan kenangan di sekolah, waktu di sekolah dulu. Kenangan yang sukar diganti atau diulang buat kali keduanya. 

Hari ini klau kita lihat, ramai pelajar sekolah tak sabar-sabar menanti tamatnya alam persekolahan. Mereka seakan-akan terkena sihir berkenaan dengan alam selepas persekolahan. Bagi mereka itu lah suasana dan alam yang paling seronok buat mereka. Itulah syurga buat mereka. Seriously syurga??

Aku ingat lagi, hari terakhir aku meninggalkan asrama sekolah, selepas habis SPM, seorang, demi seorang sahabat aku meninggalkan laman sekolah. Walaupun rumah aku dekat, aku tak nak balik awal, sebab aku nak tengok dan tatap wajah sahabat-sahabat aku buat kali terakhir sebagai pelajar sekolah. Aku nak nikmati saat terakhir aku sebagai pelajar sekolah.

inilah sekolah terakhir aku


Saat kami melambai sahabat yang pulang, dijemput oleh keluarga, sayu rasa hati ini. Menangis dalam hati. Terutamanya bila sahabat baik aku dijemput keluarganya. Saat tu aku sangat terkesan, sampaikan aku tak tahan sedih, aku masuk bilik aku, air mata aku tertumpah tanpa sempat aku menahannya. Dialah sahabat aku susah dan senang. kami berkenalan sejak ditingkatan empat, dan sepanjang tempoh aku diasrama, dia lah yang banyak tolong aku. 

bilik aku yang bertanda anak panah


Mungkin ramai akan prasangka, bila aku kata aku menangis. Bagi aku menangis itu adalah kurniaan Tuhan, kepada hambanya yang memiliki hati dan perasaan. Bila wujud stigma masyarakat tentang menangis hanya untuk mereka yang lemah, itu perlu diperbetulkan. Menangis adalah satu bentuk kita melahirkan perasaan. Buat sang lelaki jangan malu untuk menagis, menyesal lah anda jika tidak menangis.

Sambung cerita, aku rasa aku tak tahan tengok seorang demi seorang kawan aku beredar meninggalkan kami. Jadi aku ambil keputusan, telefon abah. Aku suruh abah jemput aku. Akhirnya abah sampai, dan aku terus pulang, sambil mata mencerap panorama sekitar sekolah, yang sememangnya menggamit pelbagai perasaan dan memori ketika aku disini. Aku ternampak surau, disitulah tempay aku beribadah, sepanjang aku diasrama. Teringat kenangan kami beramai-ramai tidur secara bersembunyi disurau.

surau


 Aku ternampak dewan makan, atau kami panggil DS. Itulah tempat aku menjamah makanan, dan menghilangkan lapar bersama-sama sahabat-sahabat. kenangan beratur panjang sambil memegang papan besi yang berlopak untuk mengisi makanan. 

Aku ternampak pondok-pondok kecil disebelah DS. Disitulah tempat aku berbuka puasa bersama sahabat aku. Aku tak suka berbuka secara beramai-ramai di DS, sebab sesak dan bising. Jadi aku dan beberapa orang sahabat berbuka disitu. Tenang dan mendamaikan sebab pondok tu bawah pokok. Pondok tu juga tempay aku dan kawan-kawan beriadah. hehehe kalau yang lain beriadah di padang, kami beriadah dibawah pondok, sambil menjamah kentang goreng dan roti canai. hehehe

Terus lagi perjalanan aku ternampak blog akademik. Disitulah tempat aku belajar, mendengar apa yang disampaikan cikgu. Mencerna apa yang diberikan cikgu. Ingat lagi, tempat duduk aku dalam kelas adalah depan sekali, dan dekat dengan pintu. Di sekolah kami pelajar lelaki diwajibkan duduk depan. (diskriminasi gender,hehe) Setiap malam ada prep. Aku tak suka buat latihan waktu prep, sebab aku pun tak tahu. Aku lebih suka buat dalam bilik di asrama. Jadi selalunya aku akan tidur atau ........ entah, aku pun tak tahu apa aku buat. 



Aku nampak Dewan Gemilang. Disitulah dewan tempat aku ambil peperiksaan SPM, dan di dewan itu juga tempat aku mengasah bakat sebagai seorang pengacara majlis. Ingat lagi, ada satu petang, ada seorang kakak senior ajak aku pergi uji bakat untuk jadi pengacara majlis. Aku pun join la, dan akhirnya aku dipilih. Lepas daripada itu, aku sering dipilih jadi pengacara majlis untuk majlis rasmi sekolah. Antaranya, Hari Anugerah Sekolah, Majlis Graduasi, dan  Hari Pendaftaran Pelajar Baru. Teringat aku, waktu aku jadi pengacara untuk Hari Pendaftaran, lepas sahaja aku habis mengacara majlis, datang beberapa orang bapa kepada pelajar baru datang jumpa aku, sambil menghulurkan tangan dan ucapkan tahniah kepada aku. Saat itu aku rasakan diri ini dihargai. hehe kenangan yang tak akan aku lupakan.

Dewan Gemilang


Rasanya itu sahaja kali ini untuk aku ceritakan pengalaman dan kenangan aku waktu sekolah dulu. Terlalu banyak kenangan untuk dikongsi. Semua kenangan itu mendewasakan aku dan mematangkan aku. Jujur dalam hati ini, aku rindu bergelar pelajar SEKOLAH....




5 comments:

Nabihah Zulkifli said...

:)

Amir Batrisya~ said...

-Nanti kita akan masuk sekolah semula, tapi bukan sebagai pelajar. Kita akan masuk semula sebagai CIKGU. Tanggungjawabnya lebih hebat dan besar. Moga ianya lebih indah untuk dikenang sepanjang hidup... =)

hakir said...

yupe, walau apa pun, hati ni meronta-ronta meminta kenangan disekolah diulang kembali~ =)

Anonymous said...

NAK LIKE LELAJU!!!
WAAAAA
RNDUNYE KT MKTAB
HAHAHAHAHAHAHAHAH
SRIUS!!!
=P

Syahir Ramli said...

ok! ak rindu sume tmpt yg ko cite dlm mktb tu!!!huhu..btw, ak nmpk bilik ak jgk kt ctu...