02 December 2011

mentaliti mahasiswa pendidikan


Maaf terlebih dahulu, andai tulisan kali ini bakal menyentap atau mengguris hati sesiapa. Sekadar luahan untuk kita analisis peribadi kita sebagai manusia.

Mungkin hari ini, adalah hari untuk aku muhasabah diri sendiri, sebelum aku menilai orang lain. Sebab apa? sebab manusia hari ini akan senantiasa mencari kesalahan orang lain, demi menyelamatkan diri mereka sendiri. Konsep individualistik.

Cerita aku begini, petang tadi, dalam perjalanan pulang ke kolej yakni rumah sementara aku di UPSI, aku terserempak dengan sekumpulan mahasiswa, berpakaian kuning, menandakan mereka adalah pelajar sebuah fakulti yang sememangnya melahirkan atlet, menuju ke bas yang bakal membawa kami pulang ke kolej kediaman. Arah aku dan mereka adalah sama. Pulang ke kolej kediaman. Kami bergegas menuju ke pintu bas, dan segerombolan mereka termasuk aku menyerbu masuk demi mendapatkan sebantal kusyen yang keras dan dilengkapi penyandar dan lengkap seluruhnya berkusyen. KERUSI. 



Alhamdulillah, dengan memiliki pengalaman selama setahun sebagai penghuni kolej, yang saban harinya ditemani bas tatkala mahu menuju ke kampus menimba ilmu, maka akhirnya aku dapat duduk pada kerusi. Namun, segerombolan mereka yang berbaju kuning itu, sudah pun memenuhi ruang belakang membentuk satu kelompok manusia berbaju kuning. Pada mulanya tiada masalah. Namun semakin lama semakin membingitkan. Bas mula memacu kuasanya, seterusnya menggerakkan roda berputar menuju arah yang diarahkan. 

Sekumpulan pelajar berbaju kuning ini mula mementaskan "teaternya". Ketawa berdekah-dekah, seperti disampuk dek setan. Aku tak kisah kalau mereka nak ketawa, tapi usahlah berlebih-lebih dan dibuat-buat untuk menunjukkan mereka ala-ala "berkuasa" dalam bas tu. Tambah membingitkan lagi, bila lagu beribu sesalan berkumandang pada corong radio. Mereka mula mengalunkan lagu dengan keadaan menjerit-jerit seperti polong yang kerasukan! Aku terkejut!! Tak pernah sepanjang aku di UPSI kejadian macam ni berlaku!! Aku diamkan.



Aku perhatikan mereka, rupa-rupanya "kanak-kanak" semester satu. Patutlah begitu. Inilah yang dikatakan, walaupun umur sudah menginjak ke alam belia, hakikat jiwa dan fikiran masih lagi terperangkap dalam kepompong kanak-kanak yang senantiasa mahu bermain dan berhibur. Sepatutnya sebagai mereka yang bergelar mahasiswa, mereka yang sudah diterima masuk sebagai seorang pelajar universiti, perlulah tunjukkan teladan dan keperibadian sebagai seorang pelajar universiti. Tindakan anda cuma memalukan dan mencemarkan nama baik diri anda, sahabat-sahabat anda, fakulti anda, bahkan universiti anda. Ini ke corak peribadi seorang bakal guru?

kanak-kanak memang suka bermain


Aku bukan nak kata yang aku sempur, aku baik dan bagus akhlaknya. Tapi sebagai seorang yang sama seperti mereka, maka aku rasa perlu untuk mereka ubah mentaliti, demi menjadikan mereka lebih "dewasa". Tak rugi untuk anda menjadi lebih dewasa, malah anda akan dihormati dan dipandang tinggi asalkan anda pandai membawa diri. 

seorang mahasiswa pendidik


Buang kepompong kanak-kanak pada salutan minda anda, cambahkan benih matang dalam akal fikiran anda. Moga hari-hari anda akan lebih bermakna dengan tindakan anda yang relavan, rasional dan berguna.


5 comments:

UniMeOw said...

biase la 2,,,bla dh jumpa geng..

aku pon ada pglman dpt kwn2 cmni...bbrp ekor je yg wat perangai ni,,,tp yg jd mgsa smua budak edu..huhu

El said...

itu benda biasa. budak baru masuk U memang over excited sikit. dapat kawan baru, tempat baru bla bla bla..

tunggu satu tahun nanti diorang pulak mnyampah dgn junior.

its a life stage...huhu

ain j said...

Kadang-kadang sengaja begitu untuk meraih perhatian..Takpe, mereka dah dapat perhatian kamu..hehe

Nuraini Munawar said...

Cikgu Azam, saya fikir kamu akan cerita ttg 'MAHASISWA PENDIDIK-MP' td, rupanya bukan. Btw, mmg ramai yg begitu. Kalau perempuan lagilah sadis.
**Beribu Sesalan tu yg penting :)

Miss Cruelzz said...

Mungkin itu adlh cra pergaulan mreka...Tp mlgnya, klakuan mreka yg terlalu k'bdk-bdkkan mengganggu org lain. Apapun, bg sy, sy x kisah dgn situasi sbegitu krana sy sda sebati dgn alm dwasa yg dihuni oleh 'KANAK2 TADIKA' sprti mreka...

lain-lain cerita jiwa saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...