28 February 2011

kita ni nak jadi cikgu..

Aku ni bukanlah sesiapa nak menegur, cuma saudara sesama Islam je. Kali ni aku terasa nak luahkan perasaan aku perihal kawan-kawan aku. Aku bukan nak buka aib atau pekung kawan-kawan aku, tapi aku rasa aku patut untuk luahkan perkara ni.

Kawan-kawan(yang ada kat UPSI atau IPGM), kita ni bila dah masuk dan diterima untuk belajar kat UPSI atau IPGM, secara automatik orang akan pandang kita ni sebagai bakal pendidik. Sebagai seorang CIKGU. Tapi bila aku tengok kawan-kawan aku ada yang pandang remeh benda macam ni.

Ye, aku akui, ada antara kita yang terpaksa ambil kos pendidikan. Ada yang bersungguh-sungguh tak nak jadi cikgu, tak minat la, tak suka la dan sebagainya. Sebenarnya, korang tak pernah nak percaya dengan takdir dan rezki korang masing-masing. Semua yang terjadi tu ada hikmah dia. Korang langsung tak bersyukur dengan apa yang korang dapat. Walhal dekat luar tu melambak-lambak orang nak jadi cikgu tapi tak berpeluang dan bukan rezki die orang. Korang yang dah dihidangkan peluang didepan mata, cuma perlu usaha sikit je lagi sebelum bergelar cikgu pun masih lagi tak tahu erti kesyukuran.

Masih ada yang pandang remeh nak datang kelas. Sesuka hati je nak datang ke tak. Ni ke sifat sebagai bakal cikgu nanti?? Benda ni ke kita nak bawak pergi sekolah?? Tugasan pun buat macam nak tak nak je. Lagi-lagi kalau ada tugasan berkumpulan. Langsung tak nak beri kerjasama. Usaha la sama-sama, buat la sama-sama, nanti markah kita juga yang dapat, bukan pensyarah yang dapat.

tak kan kita nak jadi cikgu macam ni??

Aku bukan nak kata aku ni bagus atau  perfect, tetapi aku terkilan la dengan kawan-kawan. Bila kita dah diterima masuk ke UPSI n IPGM, bersyukur lah. Kalau kita tak dapat apa yang kita mintak masa apply UPU dulu, lupakan lah. Tak semua benda yang kita impikan akan kita dapat, dan tak semua benda yang kita tak suka akan kekal menjadi kebencian kita.

nanti kat sekolah nak layan kerenah pelajar lagi..


Lagi satu, pasal kos yang kita dapat. Lagi sekali aku cakap, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki. Aku pun tak ada juga basic dalam IT, tapi aku explore sendiri. Masa kuliah tu dapatkan lah ilmu sebanyak mungkin. Tak ada manusia dilahirkan terus pandai. Semua tu perlukan usaha, cuma kita je yang malas!!. Tak ada benda yang senang, dan tak susah nak menjadikan perkara tu senang. 

Mentaliti kita yang salah. Bila kita dah set  awal-awal dalam otal kita yang subjek tu susah, maka susah la jadinya. Kita sebenarnya boleh, jangan jadi bodoh disebabkan kemalasan kita.


Aku bukan sempurna, aku juga tertido dalam kelas. Tapi aku tak pernah nak salahkan sesiapa. Belajarlah menjadi dewasa, jangan suka salahkan orang lain kalau itu memang salah kita. Kalau datang lambat ke kelas, jangan salahkan bus yang lambat, atau motor yang pancit, cube la beri jawapan "maaf saya lambat puan/encik"

Ubah lah mentaliti kita, gigih la menjadi seorang cikgu yang cemerlang dari pembangunan sahsiah dan akademik. Jangan hampakan ibu bapa kita yang menanti bergelar seorang pendidik. Timbalah ilmu sebanyak mungkin, supaya nanti kita dapat sumbangkan buat anak bangsa kita.

sematkanlah jiwa sebagai seorang guru dalam hati kita..


*maaf andai aku emosi
*maaf andai ada yang terasa hati

6 comments:

Kathy Rospin said...

terbaek la azam :)

Anonymous said...

Chanteek la!!

Anonymous said...

nice entry.. ::)

nuria nasir said...

salam...stuju sgt2 ngan ckgu azam...walupun kita xdapat apa yg kita nak tapi at least appreciate lah apa yg kita dapat...memang ramai yg nak jadi cikgu tapi xdapat termasuklah saya...tapi bila fikir balik ALLAH dah tetapkan apa yg terbaik untuk hambanya...mungkin saya xberpeluang untuk jadi cikgu kepada anak2 sekolah rendah n menengah tapi sy ditakdirkan untuk jadi cikgu kepada adik2 universiti...sape tau kan...hehee...cuma kita je yg perlu sedar dan mengambil sepenuhnya peluang2 yg ada tu...kita sendiri yg mesti membentuk diri kita...insyaAllah kalau ikhlas terima apa yg dah ditentukan, xakan ada bakal2 cikgu yang xminat menjadi cikgu...

chekgu azam aziz said...

nuria nasir:tQ, moga dapat jadi apa yang anda inginkan, semua ketentuan ada hikmahnya, cuma kita perlu berani untuk terima..yang penting adalah keikhlasan..

Anonymous said...

azam srius stuju
dh tau xbrminat nak jdik cikgu, wat pe gatal sgt tgan nak klik pogram kt UPSI tym UPU tu kan
tahi btol dieorg niyh
aku ni hah, xde la mnat sgt ape yg aku tgah blajar niyh
baik je aku hah, pegi kuliah awal, xponteng kuliah, jumpe lecturer, oopsss, over plak
hahahahahahhahahaha
=P