15 May 2011

alahai..kasih ibu..

bila cerita fasal ibu, mesti kita tak lari daripada perasaan sedih kan.. Itulah penangan seorang ibu, yang mengandungkan kita, melahirkan kita, menjaga kita, membela kita dan membesarkan kita.. 

Sangat sedih bila ada anak-anak yang langsung tak mengenang jasa mak nya kan.. Mintak-mintak la kita dijauhkan daripada ada perasaan macam tu nanti..

Kali ni aku nak cerita fasal ibu atau pun mak. tapi lain sikit la, sebabnya berorientasikan binatang..hehe aku nak cerita fasal kucing aku yang dah pun bergelar ibu!! haha

Aku ingat lagi, masa aku mula-mula nak masuk UPSI (maksudnya bulan 7 tahun lepas..) ateh kecik lagi, masih budak-budak la senang cerita.. masa aku nak kemas baju, dia la yang sibuk lari kesana kemari, masuk dalam bag aku la, sepah kan baju aku la. hehe


atas baju aku dia tido tau...




tengok, kecik je dia kan, dengan satu tangan je boleh angkat..

tapi tu tahun lepas, dan sekarang bila aku balik cuti untuk empat bulan, dia dah jadi ibu kepada tiga orang anak!! sangat comel!! anak-anak dia mengingatkan aku masa ateh kecik-kecik dulu...



ateh tengah tido atas meja surat khabar..


masa mula-mula aku jumpa ateh, dia tetiba datang ke rumah aku sehelai sepinggang.. dengan rasa simpati aku pon bagi la makan dan minum.. lama-lama dia lekat pulak dekat rumah aku, dan abah pon bagi la bela si ateh ni..(yahoooo!!!!!!!!!!)

Dia sangat manja dan mengada-ngada, nak tido kat bilik mak aku je!! kalau aku cari tak jumpa, maknanya tengah tido la tu dalam bilik mak aku. atas katil plak tu!!!


khusyuk dia kan..


sekarang bila dia dah besar, tak dapat rasa pengalaman macam tu lagi..aku ingat benda akan jadi kenangan je.. tapi akhirnya Tuhan tu maha pemurah, dia anugerahkan kami dengan tiga anak kucing, anak ateh!!
kepenatan..



kuyu mata dia..


Aku sangat terhibur dengan keletah anak-anak ateh ni. Masa mula-mula adik aku bagi tau yang ateh dah beranak, adik aku cakap ateh macam tak tau nak jaga anak. So aku buat kesimpulan awal yang dia tak akan jadi mak kucing yang baik...


ibu yang sedang menyusukan anak..




geram betol aku tengok anak-anak ateh!!



ternyata aku silap, selepas aku duduk rumah ni selama 2 minggu, baru aku nampak, ateh sangat penyayang kepada anak-anaknya!! Pernah waktu tu jam 2 pagi, aku tetibe nak mengintai apa anak beranak ni buat kat luar, bila aku intai, aku nampak, ateh masukkan anak-anak dia dalam bakul motor!! lepas tu dia duduk jaga anak-anak dia yang tengah nak tido tu.....
sangat terharu!!!!!!!!!


hang tengok tu....




macam-macam kan..




dalam bakul motor pon jadi la..

itulah kucing, sayang anak mengalah kan manusia. 
Mereka tak pernah buang anak, anak dijaga dan ditatang denagn baik.. 
moga kucing-kucing aku kekal sihat walafiat!!!


" dan janganlah kamu duduk di setiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang-orang yang beriman dari jalan Allah dan ingin membelokkannya. ingatlah ketika kamu dahulunya sedikit, lalu Allah memperbanyakkan jumlah kamu. dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.." Al-A'raf-86




*sila klik  


1 comment:

Syahir Ramli said...

yeah!!kami kelab pencinte kucing!!!