03 April 2011

kursus PRS smk Seksyen 7~

Kembali mencoretkan sesuatu setelah lama tak ber'update' blog jiwa saya ni. Yela, dah minggu-minggu terakhir sem, memerlukan kudrat yang lebih untuk menyiapkan tugasan dan program-program yang melambak terpaksa diuruskan.

Berbalik kepada topik asal, kursus PRS smk seksyen 7, shah alam. Pada 1 hingga 3 April, berlangsung di Kolej Aminuddin Baki, UPSI (kolej ku terchenta) aku and the gang fasililator daripada unit fasi KAb, terlibat untuk mengendalikan Kursus PRS ni. 

Mula-mula, aku rasa macam tak nak join, sebab ada komitmen lain. Tetapi nak tolong kawan kan,(saudari linda) aku pon join la untuk jadi fasi program ni. 

Pada awalnya aku rasa program ni tak akan berjalan dengan lancar..(sangat sedihh) Sebab pada hari sebelum budak2 ni datang, malam tu kami buat meeting dan  dikhabarkan hanya 5 orang fasi sahaja  yang berminat nak uruskan program ni!!! sangat kecewa.. 

wajah-wajah fasi yang cool je hehe



Tapi kami tak cepat melatah, kami teruskan jugak program ni. KAmi gunakan kemahiran dan pegalaman masing-masing yang ditimba daripada senior-senior KAB, maka berjaya lah jugak program ni.

Banyak pengalaman baru yang aku dapat daripada program ni. Antaranya, inilah kali pertama aku terlibat dengan aktiviti burung hantu. Sebelum ni aku tak pernah pon join, hehehe masa takutkan die orang tu, memang aku propa lebih. Aku tengok fasililator lain memang bersungguh-sungguh menjayakan aktiviti tu, walaupun berakhir pada jam 5 pagi!!!!

Selain tu, ada aktiviti yang menarik perhatian adalah kembara lilin. Sangat teruja tengok adik-adik peserta mempertahankan lilinya daripada dipadam oleh "hantu-hantu".

waktu aku tengah hidup kan lilin


 Ada yang bertindak agresif!! ada yang muka nampak frust!! Adanya jugak yang nampak cool je. hehe

hantu-hantu tengah mengacau


mereka sangat gigih!!


wajah-wajah yang bersemangat!!


agresif tu!!!



 Agak kesian dekat adik-adik peserta ni, die orang kene simbah dengan fasi, lilin kena tiup, kena kipas dengan hantu-hantu ni. Banyak kali die orang ulang hidupkan balik lilin tu. Walaupun wajah mereka menunjukkan sangat geram, tetapi aku sangat bangga dengan mereka, sebab die orang gigih ulang balik dari checkpoint pertama (ada dua je checkpoint..mula dan tamat..)

kebasahan setelah disimbah oleh hantu..hehe


kesian adik-adik ku..


Housemate aku pon join gak, antaranya adan, zakir dan udin. Korang sangat-sangat membantu apabila mengenakan budak-budak (nakal ea..)

tahniah!!



seronok betul adam main kucing tu.


kumpulan yang menang persembahan



cikgu-cikgu



khusyuk tengok persembahan


tok ketua kampung yang baju merah tu..hehe


macam-macam..


magician terkenal yang diimport khas!!

seronok makan ramai-ramai


fasi sempat main fon..kui3



wajah-wajah fasi yang radikal..hehe



Inilah secebis pengalaman bersama PRS Smk Seksyen 7 Shah Alam. Inilah program yang aku rasakan sangat seronok dan berpuas hati, walaupun ada kekurangan. 

Buat fasilitator yang terlibat, 

TAHNIAH SAYA UCAPKAN KEPADA ANDA!!! 

Buat adik-adik PRS smk seksyen 7 ,
gunakan apa ilmu yang tak seberapa tu untuk anda membimbing orang lain. Insyaallah ada hasilnya nanti, moga menjadi seorang Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang!!!!