11 August 2011

12 Ramadhan : kejadian pelik lepas sembahyang jumaat

baru lepas sembahyang jumaat,
di masjid Tuanku Muhriz.


waktu aku dalam perjalanan pulang tadi, 
dengan abah-naik motor,
kami lalu depan deretan kedai makan,
dari jauh nampak tutup.


bla dah dekat, 
kami nampak ada beberapa orang lelaki,
sedang beli makanan,
dekat sebuah kedai yang buka.


pelik,
baru pukul 2 petang,
takkan dah beli juadah berbuka
takkan dah beli air soya yang nampak begitu merangsang nafsu?


rata-rata remaja lelaki yang beli.
aku cukup hairan!








emak mereka suruh beli ke?
awal sungguh!!


kedai tu pon satu, 
awalnya buka kedai?? 
kan dah tahu, 
daerah jempol berbuka dalam lingkungan pukul tujuh.


hurm..
masing-masing ada mata,
ada telinga dan lidah,
juga akal untuk berfikir,
tafsirkan dengan teliti,
usah prejudis kepada mereka, 
mungkin mereka datang bulan agaknya..
bersangka baik.

3 comments:

din36 said...

positif2 azam... huhuhuhu...
mgkin nak sejukkan dlm peti ais.. tu yang bli awal..hahaha

hakir said...

itu la, kita kena positif, mungkin dia beli awal sebab petang dia nak pergi kerja, takut tak sempat, mungkin juga dia belikan air soya tu untuk mak dia, yang sakit tenat, segalanya mungkin..hehe

Unknown said...

Bersangka baik..kui..kui..