memohon secebis kasihan untuk mendermakan secubit harta,
untuk menyara kehidupan mereka yang tak berbapa jua ber-ibu.
pihak berkuasa sibuk cuba menyuraikan isu ini,
katanya-perkara ini perlu dibanteras!!
kononnya melanggar hak asasi kanak-kanak!!
dunia kanak-kanak adalah bermain dan belajar
Ya, aku akui,
melibatkan kanak-kanak,
untuk menjual CD, buku-buku agama,
demi memagut secebis rezki,
memang menyalahi undang-undang,
tetapi....
Cuba anda dan kalian fikir sejenak,
kalau lah anak-anak yatim, dan juga pelajar-pelajar tahfiz ni cukup makan pakai minumnya,
tak kan la mereka diperjudikan untuk meminta sedekah.
Pembetulan,
mereka sebenarnya bukan meminta sedekah seperti dilabel akhbar,
tetapi mereka menjual barang-barang,
dengan rezki itu mereka masih lagi mampu bernafas.
kalau mereka ditempatkan dengan kawasan yang cukup segala keperluan,
sudah tentu penjaganya tak perlu meminta mereka untuk berjualan,
ini tidak,
mereka sudah la tidak dibantu,
bila mereka berusaha sendiri mencari secebis rezki,
ada sahaja yang menghalangnya.
atas alasan dangkal fikir.
Sepatutnya,
kerajaan negeri atau kerajaan pusat,
sediakanlah bantuan buat mereka,
bela mereka,
usah mengejar maju tak berkesudahan,
yang dalaman masih lagi compang camping.
kasihanilah mereka,
mereka juga insan yang perlu untuk kita bela,
usah membela mereka yang didakwa dimahkamah tak sudah-sudah,
liwat lah, video lucah la, demonstrasi la,
itu pulak yang disibukkan.
cuba kita sebagai manusia buka minda kita,
telusuri nikmat Tuhan ini dengan akal,
fikir baik dan buruk,
hilangkan ketaksuban dengan penuh hikmah,
cantik kan peribadi dengan akhlak Baginda,
moga anda, saya, kita, kamu dan dia,
beroleh sesuatu yang berguna untuk ditunjuk pada Tuhan di akhirat kelak.
salam ramadhan.
3 comments:
btol tuh. kalau kerajaan sediakan tmpt tuk yg selesa dieorg, bnde ni mungkin tkkan berlaku. itu lah senario kat malaysia. heboh nk wat bngunan tinggi2, heboh nk wat nuklear reaktor, itu ini. tp dlm nye lnsung tk berubah.
agreee ! tak pun hantar je kat rumah kebajikan... dari bebudak tuh mintak sedekah, sekurang2nye bile dok rmh kebajikan dpt belajar n dpt penjagaan yg lebih rapi dr segi kesihatan n mcm2 lg
itulah, saya tertarik dengan komen sahabat saya di Facebook, katanya; "anak yatim seakan-akan beribu dan berbapa tatkala ramadhan, tetapi terus yatim dalam temph 11 bulan.." renung-renungkan
Post a Comment